CAREER PREP: WORKLIFE EXCHANGE
KOLEJ DUA BELAS SESI 2023/2024
SERDANG, 28 DISEMBER – Program Career Prep: Worklife Exchange merupakan program anjuran Sekretariat Jaringan Alumni dan Kerjaya, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Dua Belas sesi 2024/2025 dengan kerjasama Pihak Pengurusan Kolej Dua Belas dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), UPM. Program ini bertujuan memberikan kefahaman kepada para peserta berkaitan realiti dan cabaram sebenar dalam menempuhi dunia pekerjaan. Melalui program ini, mahasiswa dapat memberikan inspirasi dan motivasi hasil daripada perkongsian pengalaman sebenar oleh profesional. Bukan itu sahaja, program ini juga dapat membantu mahasiswa Universiti Putra Malaysia mendapatkan kesedaran mengenai budaya kerja di pelbagai industri. Penglibatan yang aktif ini secara tidak langsung dapat memberikan pengetahuan baharu sebelum menempuhi alam pekerjaan.
Program ini telah disampaikan dalam bentuk forum dan merupakan sebuah inisiatif untuk membantu mahasiswa memahami elemen-elemen penting yang perlu mereka tahu sebelum menempuhi dunia pekerjaan. Pengisian program ini telah disampaikan oleh Puan Fatimah Aliaa Osman, Pereka UI/UX dari Nexagate dan juga Cik Siti Nur Sabrina Mohammad, peguam dari Aimee & Zaim Arif.
Program ini bermula pada jam 8:00 malam dengan ketibaan para peserta dan panel jemputan di Dewan Kenyalang, Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah. Program dibuka dengan bacaan doa dan disusuli dengan ucapan daripada pengarah program. Program kemudian diteruskan dengan agenda utama program iaitu sesi forum daripada Puan Fatimah dan Cik Sabrina yang diketuai oleh saudara Lawrence sebagai moderator. Program Career Prep: Worklife Exchange telah menerima sebanyak 111 orang peserta yang terdiri daripada pelajar Universiti Putra Malaysia. Sesi penyampaian yang menarik itu dapat menarik perhatian peserta untuk terus kekal fokus dan memberi maklum balas yang baik sepanjang sesi forum berlangsung. Para peserta memberi reaksi dan menjawab soalan-soalan yang ditujukan oleh ahli panel dengan aktif. Para peserta juga menggunakan sesi soal jawab dengan baik, dimana mereka rajin mengutarakan soalan kepada ahli panel untuk mengetahui pandangan dan jawapan kepada persoalan mereka. Seterusnya, sesi penyampaian cenderamata daripada pihak penganjur kepada panel penceramah sebagai tanda terima kasih atas perkongsian yang bermakna. Program kemudian diakhiri dengan sesi bergambar bersama peserta dan panel penceramah. Pada jam 10:30 malam, para peserta mengimbas kod QR bagi pengisian merit dan borang maklum balas sebelum majlis bersurai.
![]() |
|
Gambaran 1 menunjukkan sesi pendaftaran para peserta di kaunter pendaftaran.
|
![]() |
|
Gambaran 2 menunjukkan pengacara majlis sedang memberikan kata-kata aluan menyambut kehadiran para peserta.
|
![]() |
|
Gambaran 3 menunjukkan sesi forum dari para panel sedang berlangsung.
|
![]() |
|
Gambaran 4 menunjukkan para peserta yang sedang mendengar forum dari para panel.
|
![]() |
|
Gambaran 5 menunjukkan sesi bergambar bersama panel jemputan dan peserta Career Prep: Worklife Exchange. |
Date of Input: 07/07/2025 | Updated: 07/07/2025 | m.ahir

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR