Bengkel Asas Adobe Illustrator | TWELFTH COLLEGE
» NEWS » Bengkel Asas Adobe Illustrator

Bengkel Asas Adobe Illustrator

SERDANG, 4 Disember - Bengkel Asas Adobe Illustrator diadakan khas untuk Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Dua Belas. Bengkel ini dijalankan pada 14 November 2021 di Bilik Mesyuarat 2, Kolej Dua Belas, Universiti Putra Malaysia. Banyak kelebihan yang boleh diperoleh melalui bengkel ini seperti membuat poster dan menyunting gambar. Anjuran bengkel ini terdiri daripada Barisan Majlis Tertinggi, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Dua Belas sesi 2021/2022 dengan kerjasama pihak Pengurusan Kolej Dua Belas dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), UPM.

Penceramah bagi bengkel ini merupakan seorang yang berpengalaman dalam menggunakan perisian Adobe Cloud (11 tahun) dan diundang khas dari Jabatan Penerbit, UPM, iaitu Puan Marlina Ismail. Bengkel dimulakan dengan sesi satu, iaitu Adobe Illustrator dan diteruskan dengan sesi dua, iaitu Adobe Photoshop. Seramai 36 orang peserta yang menyertai bengkel tersebut.

Matlamat yang ingin dicapai kepada pelajar adalah meningkatkan kemahiran dalam kalangan mahasiswa terhadap penggunaan teknologi penerbitan, mengembangkan kreativiti mahasiswa melalui penggunaan aplikasi Adobe Illustrator dan mempelbagaikan kemahiran mahasiswa selain daripada kursus utama yang diambil. Selain itu, pelajar juga pelajar dapat mempelajari tanpa memerlukan perkhidmatan luar di samping dapat menjimatkan kos serta menarik minat mahasiswa untuk menghasilkan kerja yang lebih kreatif dan berdaya saing.

Bengkel Asas Adobe Illustrator ini dapat memberikan peluang kepada semua MPK dan dapat menjadi perintis kepada kemajuan dalam pelbagai bidang. Hal ini dikatakan demikian kerana, kini semua bidang telah terdedah dengan teknologi dan memerlukan individu yang mempunyai kemahiran digital.

Date of Input: 08/12/2021 | Updated: 08/12/2021 | aynafarhana

MEDIA SHARING

TWELFTH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 7362/ 2160
-
SXEYUAJ~