ANUGERAH KENCANA BAIDURI 2.0
KOLEJ DUA BELAS SESI 2024/2025
SERDANG, 19 JANUARI – Program Anugerah Kencana Baiduri 2.0 merupakan sebuah program anjuran Sekretariat Akademik dan Pembangunan Intelektual, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Dua Belas sesi 2024/2025 dengan kerjasama Pihak Pengurusan Kolej Dua Belas, UPM. Program ini diadakan bertujuan untuk menghargai usaha mahasiswa agar mereka lebih bersemangat dalam meningkatkan pencapaian akademik, meningkatkan kualiti pencapaian akademik dalam kalangan mahasiswa Universiti Putra Malaysia khususnya mahasiswa Kolej Dua Belas serta mewujudkan suasana daya saing yang sihat dalam kalangan mahasiswa daripada aspek akademik. Melalui program ini, usaha dan penat lelah mahasiswa mengorbankan masa dan tenaga untuk belajar dihargai dan mahasiswa diraikan atas kejayaan yang mereka capai.
Program yang dijalankan ini merupakan sebuah program lanjutan daripada program Anugerah Kencana Baiduri K12 yang telah berlangsung pada 24 Jun 2024 yang lalu oleh Sekretariat Akademik dan Alumni sesi 2023/2024. Program ini merupakan satu inisiatif pihak kolej sebagai medium dorongan kepada para mahasiswa UPM untuk lebih berdaya saing secara sihat antara satu sama lain. Program Anugerah Kencana Baiduri 2.0 ini telah berlangsung pada hari Ahad iaitu 19 Januari 2025 di Dewan Putra 2, Kolej Serumpun, UPM.
Program ini bermula pada jam 8:00 malam dengan pendaftaran penerima anugerah. Setelah itu, pada jam 8.30 malam merupakan perarakan masuk tetamu kehormat ke dalam Dewan Putra 2. Program kemudian diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Putra Gemilang. Setelah semua hadiran dipersilakan duduk, majlis kemudiannya dimulai dengan bacaan doa oleh Saudara Mirza Ruzain. Sekitar jam 8.45 malam, majlis diteruskan lagi dengan ucapan oleh pengarah program dan Cik Suzziyana Hosni, Felo Kolej Dua Belas. Pada jam 8.55 malam, majlis penyampaian sijil sesi 1 dijalankan dan disampaikan oleh Cik Suzziyana Hosni diiringi pengarah program. Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sijil kepada penerima anugerah sesi 2 oleh Cik Suzziyana Hosni diiringi Saudari Aqilah, Timbalan Presiden Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Dua Belas sesi 2024/2025. Pada jam 9:30 malam, majlis diceriakan dengan persembahan nyanyian lagu oleh saudara Abraham dan juga saudari Adlyn. Sebelum majlis selesai, nyanyian lagu Kolej Dua Belas dimainkan dan pada jam 9.45 malam, perarakan keluar tetamu kehormat ke luar Dewan Putra 2.
![]() |
|
Gambaran 1 menunjukkan pendaftaran penerima anugerah.
|
![]() |
|
Gambaran 2 menunjukkan perarakan masuk tetamu kehormat ke dalam Dewan Putra 2.
|
![]() |
|
Gambaran 3 menunjukkan pada hadirin menyanyikan lagu Negaraku dan Putra Gemilang.
|
![]() |
|
Gambaran 4 menunjukkan persembahan nyanyian oleh saudara Abraham.
|
![]() |
|
Gambaran 5 menunjukkan sesi penyampaian sijil kepada penerima anugerah.
|
Date of Input: 16/04/2025 | Updated: 16/04/2025 | m.ahir

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR