ACE YOUR JOB INTERVIEW
KOLEJ DUA BELAS SESI 2024/2025
SERDANG, 28 DISEMBER – Program Ace Your Job Interview merupakan program anjuran Sekretariat Jaringan Alumni dan Kerjaya, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Dua Belas sesi 2024/2025 dengan kerjasama Pihak Pengurusan Kolej Dua Belas, UPM. Program ini bertujuan untuk memahami kepentingan konsep profesionalisme dan kemahiran komunikasi yang efektif dalam meningkatkan kebolehpasaran pelajar. Melalui program ini, mahasiswa dapat mendapatkan panduan praktikal yang berguna daripada penceramah yang berkelayakan. Bukan itu sahaja, program ini juga dapat meningkatkan keyakinan diri mahasiswa Universiti Putra Malaysia dengan memberikan pengetahuan yang mencukupi berkaitan temu duga kerja. Penglibatan yang aktif ini secara tidak langsung dapat memberikan pengetahuan baharu berkaitan temu duga pekerjaan kepada pelajar.
Program ini telah disampaikan dalam bentuk ceramah santai dan merupakan sebuah inisiatif untuk membantu mahasiswa memahami elemen-elemen penting yang perlu mereka tahu sebelum menghadapi temu duga pekerjaan. Pengisian program ini telah disampaikan oleh Cik Pavithra A/P Panir Selvam, Ketua Unit Hal Ehwal Pelajar dan Media, Sekolah Pengajian Siswazah, UPM yang bertajuk ‘Insights on How to Ace Your Job Interview’.
Program ini bermula pada jam 8:30 malam dengan ketibaan para peserta dan penceramah jemputan ke Google Meet. Program dibuka dengan bacaan doa dan disusuli dengan ucapan daripada pengarah program. Program kemudian diteruskan dengan agenda utama program iaitu sesi perkongsian daripada Cik Pavithra. Program Ace Your Job Interview telah menerima sebanyak 111 orang peserta yang terdiri daripada pelajar Universiti Putra Malaysia. Sesi penyampaian yang menarik itu dapat menarik perhatian peserta untuk terus kekal fokus dan memberi maklum balas yang baik sepanjang sesi ceramah berlangsung. Para peserta memberi reaksi dan menjawab soalan-soalan yang ditanya oleh penceramah dengan aktif. Para peserta juga memanfaatkan sesi soal jawab dengan baik, dimana mereka aktif mengutarakan soalan kepada penceramah untuk mengetahui pandangan dan jawapan kepada persoalan mereka. Program kemudian diakhiri dengan sesi bergambar bersama peserta dan panel penceramah. Pada jam 10:30 malam, para peserta mengimbas kod QR bagi pengisian merit dan borang maklum balas sebelum majlis bersurai.
|
|
|
Gambaran 1 menunjukkan ketibaan para peserta dan penceramah jemputan dalam link Google Meet.
|
|
|
|
Gambaran 2 menunjukkan pengarah program Ace Your Job Interview sedang memberikan ucapan.
|
|
|
|
Gambaran 3 menunjukkan ahli jawatankuasa program sedang menjalankan tugas semasa program berlangsung.
|
|
|
|
Gambaran 4 menunjukkan sesi perkongsian daripada penceramah jemputan kepada para peserta.
|
|
|
|
Gambaran 5 menunjukkan sesi bergambar bersama penceramah jemputan dan peserta Ace Your Job Interview. |
Date of Input: 23/01/2025 | Updated: 23/01/2025 | m.ahir

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR