Kolej Dua Belas, UPM akan terus komited dalam mendukung usaha kelestarian dan berperanan sebagai sebuah kampus yang komited dalam menyebar luas pengetahuan melalui pengajaran mahupun penyelidikan yang memfokuskan pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar. Usaha kelestarian yang dijalankan bertujuan melahirkan komuniti kampus yang mampan serta sentiasa peka dalam penjagaan alam sekitar.