THE SOUL OF TRADITION: ETHNOGLAM
KOLEJ DUA BELAS SESI 2024/2025
SERDANG, 13 APRIL – Program The Soul Of Tradition: Ethnoglam merupakan program anjuran Sekretariat Kediaman dan Kebajikan, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Dua Belas sesi 2024/2025 dengan kerjasama Pihak Pengurusan Kolej Dua Belas dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM. Program ini bertujuan mencungkil bakat terpendam mahasiswa Universiti Putra Malaysia dalam bidang kesenian dan kebudayaan. Melalui program ini, mahasiswa dapat menonjolkan keberanian dan bakat yang mereka ada di hadapan khalayak ramai. Bukan itu sahaja, program ini juga memberi peluang kepada para mahasiswa yang mempunyai potensi dan berbakat besar untuk membina hala tuju dalam usaha mengetengahkan bakat dan kreativiti yang dimiliki. Penglibatan yang aktif ini secara tidak langsung memberi mereka gambaran dan idea dalam mengayakan pakaian tradisional mengikut kaum dan budaya masing masing.
Program ini telah menyaksikan pelbagai jenis fesyen traditional yang digayakan oleh para peserta. Peserta bebas memilih jenis fesyen tradisional dalam mengayakan pakaian masing masing. Kesemua peserta memberikan komitmen yang sangat tinggi bagi melancarkan program. Mereka juga turut serta memberikan pendapat dan juga pandangan semasa program sedang berlangsung. Mereka saling bertukar pendapat bagi menghidupkan kembali budaya pemakaian yang bertemakan pakaian tradisional.
Program ini bermula pada jam 8:30 pagi dengan ketibaan pencermah dan juga peserta yang diiringi oleh pengarah program. Program dibuka dengan bacaan doa dan disusuli dengan ucapan daripada pengarah program. Seterusnya, diteruskan dengan slot bersama penceramah, dan beberapa aktiviti selingan juga dijalankan sehingga jam 4:00 petang. Majlis penutupan disambung pada jam 8:00 malam, yang telah dirasmikan oleh pengetua Kolej Dua Belas. Sebelum semua pelajar besurai mereka diminta untuk mengimbas kod QR bagi penilaian program. Pada jam 11:00 malam, para penonton mengimbas kod QR bagi pengisian merit sebelum majlis bersurai.
![]() |
|
Gambaran 1 menunjukkan ketibaan felo dan para juri diiringi pengarah program masuk ke dalam dewan.
|
![]() |
|
Gambaran 2 menunjukkan pengarah program The Soul Of Tradition: Ethnoglam sedang memberikan ucapan.
|
![]() |
|
Gambaran 3 menunjukkan Pengetua Kolej Dua Belas sedang memberikan ucapan dan merasmikan penutupan program The Soul Of Tradition: Ethnoglam.
|
![]() |
|
Gambaran 4 menunjukkan sesi penyampaian hadiah kepada pemenang.
|
![]() |
|
Gambaran 5 menunjukkan sesi bergambar bersama barisan tetamu dan peserta The Soul Of Tradition Ethnoglam.
|
Tarikh Input: 07/07/2025 | Kemaskini: 07/07/2025 | m.ahir

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR