THE GOLDEN SOIRÉE: NIGHT OF ELEGANCE
KOLEJ DUA BELAS SESI 2025/2026
SERDANG, 21 JUN – The Golden Soirée: Night of Elegance merupakan program anjuran Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Dua Belas sesi 2025/2026 dengan kerjasama Pihak Pengurusan Kolej Dua Belas. Majlis ini diadakan bertujuan untuk menghimpunkan warga kolej di dalam suasana formal dan mesra dalam kalangan pihak pengurusan dan kalangan mahasiswa Kolej Dua Belas, UPM. Bukan itu sahaja, majlis ini juga diadakan untuk memberi penghargaan kepada mahasiswa atas jasa dan bakti terhadap kolej bagi meningkatkan semangat mahasiswa agar terus menyumbang terhadap kolej pada masa akan datang.
Majlis bermula pada pukul 7.00 malam didahului dengan pendaftaran peserta, dan dilanjutkan dengan perarakan masuk tetamu kehormat pada pukul 8.00 malam. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada pengarah majlis dan pengerusi Jemaah Pengetua Kolej. Majlis dirasmikan oleh Pengerusi Jemaah Pengetua Prof. Dr. Mohamad Aris Mohd Moklas dan Pengetua Kolej Dua Belas Prof. Madya Dr. Siti Suriawati Isa.
Majlis diteruskan lagi dengan makan malam untuk semua tetamu pada pukul 8.30 malam diikuti dengan persembahan nyanyian oleh wakil Senada Putra, iaitu saudara Nizammuddin dan saudara Eiman Daniel semasa makan malam berlangsung. Pada pukul 9.00 malam majlis diteruskan dengan cabutan bertuah sebanyak 50 unit untuk semua tetamu, sekali gus dengan saringan pemberian anugerah kepada mahasiswa yang telah terpilih seperti Anugerah Khas Pengetua, Olahragawan, Olahragawati, Bintang Akademik, Kecermelangan Seni dan Budaya serta Anugerah Emas Pengetua. Majlis diakhiri dengan perarakan keluar tetamu kehormat dan disambung dengan pertunjukan catwalk bagi calon pemilihan King and Queen majlis.
![]() |
|
Gambar 1: Ketibaan dan pendaftaran peserta.
|
![]() |
|
Gambar 2: Perarakan tetamu kehormat.
|
![]() |
|
Gambar 3: Ucapan wakil tetamu kehormat, iaitu Pengerusi Jemaah Pengetua.
|
|
Gambar 4: Gimik perasmian oleh Presiden Jemaah Pengetua dan Pengetua Kolej Dua Belas.
|
| |
|
Gambar 5: Persembahan nyanyian pelajar daripada wakil Senada Putra.
|
Tarikh Input: 27/07/2026 | Kemaskini: 27/07/2026 | m.ahir

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR