Note-Taking: The Way You Are | KOLEJ DUA BELAS
» BERITA » Note-Taking: The Way You Are

Note-Taking: The Way You Are

SERDANG, 9 Disember – Program Note-Taking: The Way You Are merupakan program anjuran Sekretariat Akademik dan Pembangunan Siswa, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Dua Belas sesi 2022/2023 dengan kerjasama Pihak Pengurusan Kolej Dua Belas. Program ini merupakan sebuah medium untuk berkongsi teknik penghasilan nota pembelajaran yang berkesan dan menarik kepada mahasiswa Kolej Dua Belas, UPM. Program ini mampu menjadi medium bagi mahasiswa untuk mengenali minat dan kemampuan diri dari segi gaya belajar. Selain itu, mahasiswa dapat mengaplikasikan teknik pembelajaran yang bersesuaian dengan diri mahasiswa supaya dapat meningkatkan kecekapan dan kemahiran dalam pembelajaran. Di samping itu, program ini juga dapat melahirkan mahasiswa yang berdisiplin dan menguruskan masa dengan baik dalam bidang akademik.

 

Sesi pendaftaran peserta program Note-Taking: The Way You Are.

 

Pengisian utama program ini terdiri daripada pengisian borang inventori gaya belajar oleh peserta dan pengenalan teknik pembelajaran VAK (Visual, Auditori, dan Kinestetik) yang disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Encik Za’im Rosli.

 

Sesi pengisian oleh penceramah jemputan.

 

Program ini bermula pada 8:00 malam diiringi oleh Saudari Nur Fatin Nadhirah Ahmad Hidayat selaku pengacara majlis yang membuka majlis dan menjemput kehadiran penceramah bagi program Note-Taking: The Way You Are. Program diteruskan dengan nyanyian lagu Kolej Dua Belas dan bacaan doa. Kemudian, program diteruskan dengan pengenalan biodata penceramah jemputan. Program diteruskan lagi dengan pengisian-pengisian utama yang telah dibincangkan di antara penganjur dan penceramah jemputan bagi memastikan tujuan program ini tercapai. Program Note-Taking: The Way You Are telah dihadiri oleh seramai 140 orang mahasiswa Kolej Dua Belas. Banyak maklum balas dan komen positif diberikan oleh para peserta yang berpuas hati dengan kelancaran perjalanan program. Sebelum mengakhiri program, penyampaian cenderahati kepada penceramah dan sesi bergambar antara para peserta, ahli jawatankuasa, felo-felo dan penceramah dijalankan. Akhir sekali, program berakhir dengan kata-kata penutup pengacara majlis, sesi mengimbas kod QR untuk pengisian merit pelajar yang hadir dan program bersurai.

Sambutan meriah oleh mahasiswa Kolej Dua Belas bagi program Note-Taking: The Way You Are.

 

Sesi penyampaian cenderahati oleh Felo Penasihat kepada penceramah jemputan.

 

Sesi bergambar antara peserta bersama penceramah jemputan.

Tarikh Input: 19/12/2022 | Kemaskini: 12/02/2023 | aynafarhana

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ DUA BELAS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 7362/ 2160
-
SXFFTAj~