COLOURS OF OUR COMMUNITY: AN ARTISTIC JOURNEY K12 | KOLEJ DUA BELAS
» BERITA » COLOURS OF OUR COMMUNITY: AN ARTISTIC JOURNEY K12

COLOURS OF OUR COMMUNITY: AN ARTISTIC JOURNEY K12

LAPORAN BERITA 

COLOURS OF OUR COMMUNITY: AN ARTISTIC JOURNEY K12 

KOLEJ DUA BELAS SESI 2023/2024 

SERDANG, 26 APRIL – Program Colours of Our Community: An Artistic Journey K12 merupakan program anjuran Sekretariat Blok, Kebajikan, dan Keselamatan, Majlis Perwakilan  Kolej, Kolej Dua Belas sesi 2023/2024 dengan kerjasama Pihak Pengurusan Kolej Dua Belas.  Program ini bertujuan untuk mengilhami, mendidik, dan mendorong mahasiswa Kolej Dua  Belas untuk meneroka alam seni dengan lebih mendalam. Bukan itu sahaja, memberikan  ilustrasi, sesi pembelajaran, dan sokongan yang diperlukan untuk membantu pelajar  meningkatkan kemahiran seni mereka. Inisiatif program ini menjadi permulaan yang  membangkitkan semangat seni dalam setiap pelajar, membantu mereka menyemai minat  dalam bidang seni, dan meraikan pelbagai bakat kreatif yang ada dalam kalangan pelajar  Kolej Dua Belas. Malah, program ini unik bagi mahasiswa Kolej Dua Belas untuk mencungkil  potensi kreatif mereka dalam seni. 

Program ini bermula pada 8:00 malam diiringi oleh Saudari Aleisha Julia selaku emcee yang  membuka majlis dan menjemput kehadiran VIP bagi program Colours of Our Community: An  Artistic Journey K12. Program diteruskan dengan bacaan doa kemudian diteruskan dengan  pengenalan biodata VIP jemputan. Program diteruskan lagi dengan pengisian-pengisian  utama yang telah dibincangkan di antara penganjur dan VIP jemputan bagi memastikan tujuan  program ini tercapai. Selepas perkongisan mengenai pengisian-pengisian program telah  disampaikan, sesi penyampaian hadiah bermula kepada peserta yang mempunyai karya yang  paling terbaik. Program Colours of Our Community: An Artistic Journey K12 telah dihadiri oleh  seramai 250 orang mahasiswa dan mahasiswi Universiti Putra Malaysia. Banyak maklum  balas dan komen positif diberikan oleh para peserta yang berpuas hati dengan kelancaran  perjalanan program. Akhir sekali, program berakhir dengan kata-kata penutup emcee, sesi  mengimbas kod QR untuk pengisian merit pelajar yang hadir dan program bersurai.

 

 

Gambaran 1 menunjukkan Pengarah Program serta Pengetua Kolej Dua Belas memberi  sedikit ucapan dan merasmikan majlis penutup program. 

 

Gambaran 2 menunjukkan sesi bergambar bersama VIP dan peserta.

 

Gambaran 3 menunjukkan penyerahan tugas dari mantan Pengetua Kolej Dua Belas  kepada Pengetua baru. 

 

Gambaran 4 menunjukkan Sesi penyampaian hadiah kepada peserta yang mempunyai  karya yang terbaik.

 

Gambaran 5 menunjukkan Sesi bergambar antara ahli jawatankuasa pelaksana program  bersama tetamu jemputan sebelum perarakan keluar.

Tarikh Input: 10/06/2024 | Kemaskini: 10/06/2024 | m.ahir

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ DUA BELAS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1440/ 2160
-
W, (06:08:03am-06:13:03am, 20 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]