Wilderness Education: Rope Skills K12 | KOLEJ DUA BELAS
» BERITA » Wilderness Education: Rope Skills K12

Wilderness Education: Rope Skills K12

SERDANG, 15 Januari – Program Wilderness Education: Rope Skills K12 merupakan program anjuran Kelab Rekreasi Gunung dan Tali, Kolej Dua Belas sesi 2021/2022. Program ini bertujuan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan mahasiswa mengenai kepelbagaian ikatan tali sebagai persediaan ketika melakukan aktiviti di hutan. Bukan itu sahaja, pendidikan mengenai asas simpulan dan ikatan ini tidak saja tertumpu kepada penggunaan ikatan dalam pelbagai aktiviti rekreasi seperti dalam aktiviti perkhemahan, jungle trekking, survivor camp dan lain-lain, tetapi asas ini juga banyak digunakan dalam sesuatu kerja menyelamat. Inisiatif program ini dilaksanakan adalah untuk meningkatkan ilmu bagi mahasiswa Kolej Dua Belas yang ingin melakukan aktiviti hutan seperti mendaki atau berkhemah. Malah, program ini juga bertujuan memupuk rasa tanggungjawab dalam diri mahasiswa untuk menjaga keselamatan diri.

 

Penceramah jemputan iaitu Pak Atan sedang memberi pengenalan mengenai jenis ikatan tali.

 

Pengisian utama program ini terdiri daripada pengenalan tentang jenis tali, kepelbagaian jenis ikatan tali, dan fungsi bagi setiap ikatan yang disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Pak Atan, seorang penggiat rekreasi.

Program ini bermula pada 9:00 pagi diiringi oleh Saudara Kannan selaku moderator yang membuka majlis dan menjemput kehadiran penceramah bagi program Wilderness Education: Rope Skills K12. Program diteruskan dengan bacaan doa dan pengenalan biodata penceramah jemputan. Program diteruskan lagi dengan perkongsian tentang kepentingan dalam mempelajari asas ikatan tali oleh penceramah. Seterusnya, aktiviti hands-on telah diadakan bagi mempraktikkan jenis-jenis ikatan tali yang telah dipelajari. Program Wilderness Education: Rope Skills K12 telah dihadiri oleh seramai 25 orang mahasiswa Kolej Dua Belas. Akhir sekali, program berakhir dengan kata-kata penutup moderator, sesi mengimbas kod QR untuk pengisian merit pelajar yang hadir dan program bersurai.

Peserta sedang mempraktikkan secara langsung jenis ikatan tali yang telah diajari oleh penceramah.

 

Penceramah sedang membantu peserta dalam aktiviti berkumpulan.

 

Sesi bergambar peserta bersama penceramah sebagai tanda penghargaan penglibatan dalam program ini.

Tarikh Input: 31/01/2023 | Kemaskini: 15/03/2023 | aynafarhana

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ DUA BELAS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 7362/ 2160
-
SXFFRA4~