MEH KELIK KLATE | KOLEJ DUA BELAS k12
» BERITA » MEH KELIK KLATE

MEH KELIK KLATE

MEH KELIK KLATE

KOLEJ DUA BELAS SESI 2025/2026

  

KUBANG KERIAN, 26 JULAI – Program Meh Kelik Klate merupakan program anjuran Sekretariat Kebudayaan dan Kesenian, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Dua Belas Sesi 2025/2026 dengan kerjasama Pihak Pengurusan Kolej Dua Belas. Program ini bertujuan memperkenalkan dan memartabatkan warisan budaya Negeri Kelantan dalam kalangan mahasiswa Universiti Putra Malaysia (UPM) melalui pelbagai aktiviti berasaskan kebudayaan dan kesenian. Selain memberi pendedahan kepada adat resam dan budaya masyarakat Kelantan, program ini turut memupuk semangat kerjasama, komunikasi, kepimpinan serta penghargaan terhadap kepelbagaian warisan budaya negara.

 

Program bermula pada pukul 7.30 pagi dengan pendaftaran peserta dan Ahli Jawatankuasa (AJK), diikuti dengan sarapan pagi sebelum para peserta bertolak ke Min House Camp. Setelah sampai ke Min House Camp, taklimat diberikan kepada peserta untuk aktiviti sepanjang tiga hari.

 

Seterusnya, para peserta mengikuti pelbagai aktiviti kebudayaan dan bengkel pembuataan permainan tradisional yang telah disediakan. Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah mengenali lebah kelulut, membuat kuih tradisional, serta aktiviti eksplorasi budaya yang memberi peluang kepada peserta mengenali dengan lebih dekat keunikan warisan Negeri Kelantan. Setiap aktiviti dikendalikan oleh fasilitator yang sentiasa memberikan tunjuk ajar serta memastikan perjalanan program berjalan lancar dan teratur. Suasana program menjadi lebih meriah dengan penglibatan aktif para peserta yang menunjukkan semangat kerjasama, kreativiti dan kesungguhan dalam setiap aktiviti yang dijalankan.

 

Tepat pada pukul 12.30 tengah hari, peserta menikmati makan tengah hari sebelum program diteruskan dengan beberapa aktiviti kebudayaan yang lain. Menjelang penghujung program, satu tayangan montaj telah dipersembahkan sebagai imbas kembali sepanjang perjalanan Program Meh Kelik Klate. Majlis kemudian diteruskan dengan penyampaian cenderamata  kepada pihak Min House Camp sebagai tanda penghargaan atas kerjasama yang diberikan sepanjang program berlangsung.

 

Majlis penutupan telah disempurnakan oleh wakil pihak pengurusan sebelum diakhiri dengan sesi bergambar melibatkan pihak pengurusan, wakil Min House Camp, Ahli Jawatankuasa serta semua peserta. Program Meh Kelik Klate secara rasminya melabuhkan tirai dengan penuh kegembiraan, meninggalkan pengalaman yang bermakna kepada semua peserta serta berjaya mencapai objektif dalam memperkukuh semangat perpaduan, menghargai warisan budaya dan memupuk kecintaan terhadap seni dan budaya tradisional Kelantan.

 

 

 

Gambar 1: Aktiviti Nightwalk Firefly Sightseeing.

 

 

Gambar 2: Bengkel pengenalan madu kelulut.

 

 

Gambar 3: Aktiviti penghasilan kraftangan yoyo tradisional.

 

 

Gambar 4: Aktiviti memanah.

 

 

 

Gambar 5: Aktiviti congkak.

 

 

 

Gambar 6: Aktiviti membuat kuih onde-onde.

 

 

 

Gambar 7: Majlis penutup dan sesi fotografi.

Tarikh Input: 24/08/2026 | Kemaskini: 24/08/2026 | m.ahir

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ DUA BELAS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1440/ 2160
-
X, (04:36:52am-04:41:52am, 20 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]