WELCOMING FRESHIES KELAB GENERASI 12
KOLEJ DUA BELAS SESI 2024/2025
SERDANG, 22 NOVEMBER – Program Welcoming Freshies Kelab Generasi 12 merupakan program anjuran Kelab Generasi 12, Sekretariat Kerohanian dan Perpaduan, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Dua Belas sesi 2024/2025 dengan kerjasama Pihak Pengurusan Kolej Dua Belas, Universiti Putra Malaysia (UPM). Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara pelajar Kolej Dua Belas dan pelajar Kolej Empat Belas di samping meraikan kedatangan pelajar baharu sesi 2024/2025. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk mewujudkan semangat perpaduan dan kerja berpasukan dalam kalangan ahli Kelab Generasi 12 sekaligus dapat melahirkan mahasiswa yang bertanggungjawab dan bersedia dalam menyumbangkan idea dan tenaga terhadap Kolej Dua Belas, UPM.
Program ini bermula pada jam 7.00 malam oleh Saudara Dennis Khoo Jing Meng dan Saudari Teo Hui Xin selaku pengacara yang membuka majlis dan menjemput kehadiran para peserta bagi program Welcoming Freshies Kelab Generasi 12. Program ini diteruskan lagi dengan pengenalan Ahli Jawatankuasa Kelab Generasi 12 dan ucapan alu-aluan oleh Theang Kah Chun, Pengerusi Kelab Generasi 12.
Seterusnya, program diteruskan dengan aktiviti ice-breaking antara peserta dan ahli Kelab Generasi 12 supaya mahasiswa Kolej Dua Belas dan Kolej Empat Belas dapat berkenalan antara satu sama lain. Kemudian, aktiviti Station Game antara kumpulan telah membangkitkan semangat bekerjasama kumpulan dan sesi pencarian markah bonus telah menambah keseronokan aktiviti ini. Akhirnya, pengerusi Kelab Generasi 12 menyampaikan anugerah kepada kumpulan yang menang.
Program Welcoming Freshies Kelab Generasi 12 telah dihadiri seramai 50 orang mahasiswa Kolej Dua Belas dan Kolej Empat Belas di Dewan Putra 2, Kolej Serumpun, UPM. Banyak maklum balas dan komen positif diberikan oleh para peserta yang berpuas hati dengan kelancaran perjalanan program. Akhir sekali, program berakhir dengan kata-kata penutup oleh pengacara majlis, sesi mengimbas kod QR untuk pengisian komen pelajar terhadap program ini dan program bersurai.

Gambar 1 menunjukkan sesi pendaftaran peserta.

Gambar 2 menunjukkan ucapan alu-aluan oleh pengerusi kelab generasi 12.

Gambar 3 menunjukkan aktiviti station game.

Gambar 4 menunjukkan sesi anugerah yang disampaikan oleh presiden kelab.

Gambar 5 menunjukkan sesi fotografi.
Tarikh Input: 03/01/2025 | Kemaskini: 03/01/2025 | m.ahir

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR