WELCOMING FRESHIES G12 | KOLEJ DUA BELAS
» BERITA » WELCOMING FRESHIES G12

WELCOMING FRESHIES G12

WELCOMING FRESHIES G12

KOLEJ DUA BELAS SESI 2025/2026

 

SERDANG, 2 DISEMBER – Program Welcoming Freshies G12 merupakan program anjuran Kelab Generasi 12, Sekretariat Kerohanian dan Perpaduan, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Dua Belas Sesi 2025/2026 dengan kerjasama Pihak Pengurusan Kolej Dua Belas. Program ini bertujuan untuk meraikan kedatangan pelajar baharu Kolej Dua Belas, Universiti Putra Malaysia (UPM) Sesi 2025/2026 dan memperkenalkan Kelab Generasi 12 (G12), UPM khususnya kepada pelajar kaum Cina. Melalui program ini, pelajar dapat berkenalan antara satu sama lain dan menjadi lebih proaktif dengan menyertai program-program yang bakal dianjurkan oleh Kelab G12. Selain itu, program ini juga dapat meningkatkan kemahiran insaniah dalam diri pelajar terutamanya ahli Kelab G12 dan peserta seperti kemahiran berkomunikasi, kepimpinan dan kerja berpasukan. Program ini juga merupakan sebuah medium untuk memupuk sistem organisasi yang sistematik melalui pengurusan organisasi yang efisien.

 

Dalam program ini, aktiviti ice-breaking dijalankan dengan menggunakan Bingo sebagai alat interaksi bagi membantu peserta mengenali antara satu sama lain. Selain itu, empat aktiviti Station Game telah dijalankan. Sebelum itu, peserta dibahagikan kepada kumpulan kecil seramai lima orang satu kumpulan untuk menjalankan permainan duel. Permainan pertama melibatkan peserta menghantar cawan menggunakan belon. Permainan kedua ialah Tic Tac Toe. Permainan ketiga ialah Flip Botol Air, manakala permainan keempat memerlukan peserta menghantar getah dengan menggunakan straw.

 

Program ini bermula pada pukul 7.00 malam dengan sesi pendaftaran peserta. Program dibuka dengan aktiviti Ice-breaking. Program kemudian diteruskan dengan aktiviti Station Game. Seramai 49 orang peserta telah hadir pada malam itu. Setelah semua permainan selesai, program diteruskan dengan sesi perkongsian mengenai Kelab Generasi 12. Selepas itu, sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang yang telah disempurnakan oleh Theang Kah Chun, pengerusi Kelab Generasi 12. Program kemudian diakhiri dengan sesi bergambar bersama semua ahli Kelab Generasi 12 dengan peserta. Pada pukul 10:00 malam, para peserta mengimbas kod QR bagi pengisian merit sebelum program bersurai.

 

 

Gambar 1: Ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Kelab G12 kepada semua peserta selepas sesi pendaftaran.

 

 

Gambar 2 : Peserta sedang menjalankan permainan ‘Guna Straw untuk Hantar Getah’.

 

Gambar 3: Peserta sedang menjalankan permainan ‘Guna Belon untuk Hantar Cawan’.

 

 

Gambar 4: Sesi penyampaian hadiah kepada pemenang.

 

Gambar 5: Sesi bergambar bersama ahli Kelab G12 dan peserta Welcoming Freshies.

 

 

Tarikh Input: 19/01/2026 | Kemaskini: 19/01/2026 | m.ahir

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ DUA BELAS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1440/ 2160
-
F, (11:10:54pm-11:15:54pm, 13 Apr 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]