Tahniah Dan Selamat Datang Kepada Pelajar Baharu Sesi 2019/2020 | KOLEJ DUA BELAS
» BERITA » Tahniah dan Selamat Datang kepada Pelajar Baharu Sesi 2019/2020

Tahniah dan Selamat Datang kepada Pelajar Baharu Sesi 2019/2020

 

Oleh: Ayna Farhana Mohamad Sari

 

SERDANG, 1 September -  Seramai 341 pelajar baharu program Bacelor mendaftar di Kolej Dua Belas, Universiti Putra Malaysia bagi sesi 2019/2020 pada 1 September baru-baru ini. Daripada jumlah itu, 91 ialah pelajar lelaki dan 250 ialah pelajar perempuan. Seluruh warga Kolej Dua Belas merakamkan ucapan tahniah dan selamat datang kepada semua Pelajar Baharu bagi Sesi 2019/ 2020 kerana telah terpilih untuk belajar di salah sebuah universiti terbaik dunia iaitu di tangga ke 159 terbaik dunia serta kedua terbaik di Malaysia.

 

Pelajar baharu juga turut terlibat secara langsung dalam pelbagai aktiviti sepanjang Minggu Perkasa Putra yang telah ditetapkan antaranya ialah Majlis Bersama Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) yang disampaikan oleh YBhg. Prof. Dr. Mohd. Roslan bin Sulaiman, Taklimat Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Taklimat Bahagian Akademik, Majlis Bersama Pengurusan serta Ketua Bahagian dan sebagainya.

Seluruh warga Kolej Dua Belas berharap pelajar baharu pada sesi kali ini dapat menempuhi perjalanan sebagai mahasiswa universiti yang terbaik dan cemerlang dalam memenuhi impian yang tertinggi bagi diri mahasiswa serta keluarga.

Tarikh Input: 30/09/2019 | Kemaskini: 14/10/2019 | aynafarhana

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ DUA BELAS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 7362/ 2160
-
SXFFRAh~