SPLASH BATTLE | KOLEJ DUA BELAS
» BERITA » SPLASH BATTLE

SPLASH BATTLE

SPLASH BATTLE

KOLEJ DUA BELAS SESI 2025/2026

 

 

SERDANG, 18 JANUARI – Program Splash Battle merupakan program anjuran Sekretariat Sukan dan Rekreasi, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Dua Belas Sesi 2025/2026 dengan kerjasama Pihak Pengurusan Kolej Dua Belas. Program ini bertujuan mewujudkan suasana kolej yang ceria, aktif dan mesra komuniti. Program ini dirangka bagi memberi ruang kepada mahasiswa mengurangkan tekanan akademik melalui aktiviti fizikal yang santai dan menyeronokkan, di samping membentuk sahsiah positif seperti kerjasama, disiplin dan semangat berpasukan. Selain itu, program ini turut menekankan kepentingan gaya hidup sihat dan kesejahteraan mental mahasiswa.

 

Program bermula pada pukul 7.30 pagi dengan pendaftaran peserta dan AJK serta sarapan pagi, diikuti taklimat ringkas perjalanan acara dan sesi pemanasan badan yang dipimpin oleh AJK bagi memeriahkan suasana pagi.

 

Program Splash Battle dimulakan tepat pada pukul 8.30 pagi dengan penglibatan lapan kumpulan yang terdiri daripada lima orang peserta setiap kumpulan. Sebanyak lima jenis permainan air telah dijalankan mengikut turutan, bermula dengan Water Balloon Toss, diikuti Boling Botol Air dan Relay Span Basah. Selepas itu, peserta diberikan masa rehat selama 10 minit sebelum meneruskan permainan seterusnya iaitu Water Balloon Volleyball, dan diakhiri dengan acara kemuncak Wet Musical Chair. Bagi dua permainan pertama, setiap kumpulan hanya diwakili oleh dua orang peserta, manakala tiga permainan terakhir melibatkan kesemua lima orang peserta dalam setiap kumpulan. Pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga ditentukan berdasarkan jumlah markah tertinggi yang dikumpul oleh setiap kumpulan sepanjang program.

 

Tepat pada pukul 11.45 pagi, semua aktiviti dihentikan bagi memberi laluan kepada sesi rehat serta pengiraan markah oleh pihak jawatankuasa. Majlis diteruskan pada pukul 12.00 tengah hari dengan majlis penutupan dan penyampaian hadiah yang disempurnakan oleh Dr. Khairul Nizam Samsudin, Timbalan Ketua Felo Kolej Dua Belas, bersama Felo Penasihat Cik Hanna Zulaikha A. Hadi Kamil dan Felo Pemantau Cik Nur Fatin Fitriah Nordin. Seterusnya, sesi bergambar rasmi diadakan pada pukul 12.15 tengah hari melibatkan pihak pengurusan, jawatankuasa serta peserta sebelum program ditamatkan secara rasmi pada pukul 12.30 tengah hari, sekali gus menutup tirai Splash Battle dengan penuh keceriaan dan kejayaan.

 

 

Gambar 1: Para peserta mendengar taklimat permainan.

 

 

Gambar 2: Permainan relay span basah sedang berlangsung.

 

 

Gambar 3: Permainan water balloon volleyball sedang berlangsung.

 

Gambar 4: Permainan boling botol air sedang berlangsung.

 

 

Gambar 5: Permainan wet musical chair sedang berlangsung.

 

 

Tarikh Input: 24/02/2026 | Kemaskini: 25/02/2026 | firdaussolehin

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ DUA BELAS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1440/ 2160
-
W, (05:06:21pm-05:11:21pm, 16 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]