Sekalung Penghargaan Dan Terima Kasih | KOLEJ DUA BELAS
» BERITA » Sekalung Penghargaan dan Terima Kasih

Sekalung Penghargaan dan Terima Kasih

 

 

SERDANG, 28 Julai – Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada barisan Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Dua Belas sesi 2021/2022 atas segala jasa dan khidmat cemerlang selama ini. Pihak Kolej Dua Belas ucapkan ribuan terima kasih kepada atas sumbangan tenaga dan komitmen yang telah diberikan sepanjang satu sesi ini.

Majlis Perwakilan Kolej (MPK) merupakan organisasi pelajar yang dilantik oleh pihak pengurusan kolej dan berperanan sebagai saluran perhubungan antara pihak pengurusan Kolej Dua Belas dan pelajar di kolej untuk mengukuhkan ikatan silaturrahim antara para pelajar dan pihak pengurusan kolej. Proses pembubaran ahli Majlis Perwakilan Kolej merupakan proses wajib bagi setiap kolej kediaman di Universiti Putra Malaysia pada setiap tahun untuk melantik Majlis Perwakilan Kolej bagi sesi yang baharu. Majlis Perwakilan Kolej merupakan perancang dan pelaksana aktiviti secara tersusun dan berjadual (takwim aktiviti kolej) pada setiap sesi kemasukan pelajar. Tempoh pelantikan mereka selama 1 tahun dan mengikut sesi pengajian. Majlis Perwakilan Kolej dikendalikan oleh Presiden dengan dibantu oleh Timbalan Presiden, Setiausaha, Bendahari, Pengerusi Blok dan Exco-Exco. 

 

Untuk makluman, proses pembubaran ahli Majlis Perwakilan Kolej merupakan proses wajib bagi setiap kolej kediaman di Universiti Putra Malaysia pada setiap tahun untuk melantik Majlis Perwakilan Kolej bagi sesi yang baharu. Bagi jawatan tertinggi Majlis Perwakilan Kolej terdiri daripada ahli Majlis Perwakilan Kolej daripada sesi sebelumnya yang berkebolehan membimbing kumpulan dan berkaliber sebagai ketua. Turut diambil kira adalah pencapaian dan anugerah yang diterima dari segi akademik dan penglibatan diri semasa menjalankan program sebagai sekretariat.

 

Ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga oleh Pengetua Dua Belas, Prof. Madya Dr. Mohamad Aris bin Mohd Moklas kepada mantan ahli Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Dua Belas, sesi 2021/2022 atas segala khidmat bakti yang telah diberikan kepada kolej dan diharapkan sokongan serta kerjasama dapat diteruskan walaupun selepas tidak lagi memegang jawatan di kolej.

 

Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua warga Kolej Dua Belas yang telah memberikan sokongan dalam meningkatkan kemajuan kolej dan kepercayaan kepada Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Dua Belas sesi 2021/2022.

 

 

 

 

Tarikh Input: 15/08/2022 | Kemaskini: 13/10/2022 | aynafarhana

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ DUA BELAS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 7362/ 2160
-
SXFFQA1~