Rewang: Guyub Rukun Antara Mahasiswa | KOLEJ DUA BELAS
» BERITA » Rewang: Guyub Rukun Antara Mahasiswa

Rewang: Guyub Rukun Antara Mahasiswa

Oleh: Syahmira Yusoff

SERDANG, 5 Februari - Bermula daripada proses penyembelihan ayam dan ikan, penyediaan bahan, proses memasak, menghidang serta mengemas adalah antara aktiviti yang dilakukan oleh para peserta Kem Pemantapan Organisasi LEADERS 2020 yang disertai seramai 61 orang pelajar Kolej 12, UPM. Sepanjang kem ini berlangsung selama 5 hari 4 malam, para peserta kem bergilir-gilir menyediakan sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam dengan mengamalkan konsep merewang atau gotong-royong.

Amalan gotong-royong hampir ditelan zaman dek kekangan waktu, budaya kapitalisme yang mengutamakan ganjaran, persepsi generasi muda yang bersifat meritokrasi iaitu hidup berdikari serta semangat kemasyarakatan yang semakin luntur. 

 

“Aktiviti merewang sering dilakukan oleh penduduk kampung, kebiasaanya orang tua-tua. Jarang kita lihat anak muda sekarang hendak melakukan aktiviti ini. Sekarang pun, kenduri kahwin lebih memilih untuk menggunakan khidmat katering, berbanding merewang.” – Hafiz

Pendekatan yang digunapakai oleh pihak penganjur ini secara langsung dapat menerapkan nilai-nilai murni terutamanya tolong-menolong kepada para peserta kem seterusnya ia bakal menjadi anjakan kepada para peserta untuk mengaplikasikannya pada masa akan datang.

“Saya yakin, anak muda seperti kita yang harus kembalikan budaya ini. Hal ini kerana, budaya merewang dapat mendidik kita untuk saling mengenali, sentiasa berhubung dan tolong menolong di samping ia menjadikan kita lebih akrab.” – Hanisah

Bagi generasi kini yang khususnya datang dari bandar, aktiviti merewang ini dapat memberikan pengalaman yang mungkin tidak dapat dirasai sebelum ini. Anak muda seharusnya menjadikan pegangan nenek moyang kita “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing” sebagai panduan dan pegangan.

  

 

 

Tarikh Input: 12/02/2020 | Kemaskini: 12/02/2020 | aynafarhana

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ DUA BELAS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 7362/ 2160
-
SXFFXAB~