RECYCLE@K12 | KOLEJ DUA BELAS
» BERITA » RECYCLE@K12

RECYCLE@K12

RECYCLE@K12

KOLEJ DUA BELAS SESI 2025/2026

 

SERDANG, 7 JUN – Program Recycle@K12 merupakan program anjuran Sekretariat Kelestarian Hijau dan Keterjaminan Makanan, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Dua Belas Sesi 2025/2026 dengan kerjasama Pihak Pengurusan Kolej Dua Belas. Program ini bertujuan menggalakkan penglibatan aktif mahasiswa UPM dan komuniti luar dalam pengurusan sisa pepejal dan kitar semula melalui pembudayaan konsep 3R (Reduce, Reuse, Recycle) sambil memupuk kesedaran sivik, tanggungjawab sosial dan kerjasama berpasukan. Melalui penglibatan aktif sepanjang program, peserta berpeluang mendalami ilmu berkaitan alam sekitar dan kelestarian hijau sekaligus menyumbang kepada agenda kelestarian institusi selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).

 

Program bermula pada pukul 7.00 pagi dengan perhimpunan, pendaftaran dan sarapan pagi ahli jawatankuasa (AJK) di Surau Serumpun, diikuti taklimat ringkas kepada AJK serta persiapan tempat pengumpulan barangan kitar semula pada pukul 7.30 pagi.

 

Acara utama, iaitu pengumpulan barang-barang kitar semula, bermula tepat pada pukul 8.00 pagi di Dewan PJSD, Kolej Serumpun, UPM. Seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada mahasiswa UPM dan komuniti luar hadir menyumbangkan pelbagai barangan kitar semula seperti kertas, plastik, dan tin sekaligus mempraktikkan konsep 3R (Reduce, Reuse, Recycle) dalam kehidupan seharian. Setiap barangan yang dikumpul diasingkan mengikut kategori oleh AJK Logistik untuk memastikan proses penghantaran ke pusat kitar semula berjalan lancar dan sistematik, manakala semangat kerjasama dan kesedaran sivik peserta menjadikan suasana program lebih bermakna.

 

Sesi rehat dan solat Zuhur diadakan pada pukul 1.00 hingga 2.00 petang, sebelum aktiviti pengumpulan barangan kitar semula disambung semula pada pukul 2.00 petang. Pada pukul 4.00 petang, kesemua barangan kitar semula yang terkumpul dihantar ke pusat kitar semula oleh pihak Vairam Recycling Centre. Program Recycle@K12 ditamatkan secara rasmi pada pukul 5.00 petang, menutup tirai program dengan penuh kejayaan dan kesedaran alam sekitar yang tinggi dalam kalangan warga Kolej Dua Belas.

 

 

 

Gambar 1: Ketibaan dan pendaftaran peserta.

 

 

 

Gambar 2: Sesi pengambilan barang kitar semula.

 

 

 

Gambar 3: Aktiviti pengasingan barang kitar semula mengikut jenis.

 

 

Gambar 4: Sesi pemberian cenderamata.

 

 

Gambar 5: Sesi bergambar bersama barisan tetamu kehormat dan ahli jawatankuasa.

 

Tarikh Input: 21/07/2026 | Kemaskini: 21/07/2026 | m.ahir

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ DUA BELAS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1440/ 2160
-
X, (12:01:08pm-12:06:08pm, 23 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]