RECYCLE FOR TOMORROW | KOLEJ DUA BELAS
» BERITA » RECYCLE FOR TOMORROW

RECYCLE FOR TOMORROW

RECYCLE FOR TOMORROW

KOLEJ DUA BELAS SESI 2024/2025

 

SERDANG, 9 NOVEMBER – Program Recycle For Tomorrow merupakan program anjuran Sekretariat Kelestarian Hijau dan Keterjaminan Makanan, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Dua Belas sesi 2024/2025 dengan kerjasama Pihak Pengurusan Kolej Dua Belas. Program ini bertujuan untuk menyemai amalan kitar semula dalam kalangan mahasiswa Kolej Dua Belas, Universiti Putra Malaysia (UPM).

 

Melalui program ini, mahasiswa didedahkan dengan teknik mengasingkan bahan yang boleh dikitar semula dengan betul, bahan-bahan yang boleh dikitar semula, dan bahan-bahan yang tidak boleh dikitar semula. Program ini diharapkan dapat membantu meningkatkan kesedaran dan kefahaman mahasiswa tentang pentingnya amalan kitar semula seiring dengan usaha kerajaan untuk mencapai status negara maju. Program ini dijalankan secara “walk-in” iaitu pihak penganjur  menunggu ketibaan para peserta yang ingin menyumbangkan barang yang boleh dikitar semula dalam jangka masa antara 8:30 pagi sehingga 4:00 petang.

 

Pada jam 8:00 pagi, semua ahli jawatankuasa (AJK) berkumpul di hadapan Pejabat Am Kolej Dua Belas untuk sesi taklimat ringkas sebelum program bermula. Program ini bermula pada jam 8:30 pagi dengan ketibaan para peserta yang ingin menghantar barangan yang boleh dikitar semula. Program Recycle For Tomorrow telah menerima sebanyak 86 penyertaan yang terdiri daripada 85 orang peserta Kolej Dua Belas dan seorang peserta dari kolej lain. Pada jam 12:30 tengah hari, semua AJK berehat untuk makan tengah hari dan program disambung semula pada jam 2:00 petang. Pada jam 4:00 petang, para AJK mengemas dan membersihkan kawasan di mana program dijalankan dan program diakhiri dengan ucapan terima kasih daripada pengarah program dan sesi bergambar sebelum majlis bersurai. Selepas sesi bergambar, pihak penganjur menghantar barang yang boleh dikitar semula di pusat kitar semula di Bangi.

 

 

Gambaran 1 menunjukkan sesi ucapan pengarah program dan ucapan terima kasih kepada AJK program.

 

Gambaran 2 menunjukkan proses menjual barangan kitar semula di pusat kitar semula.

 

Gambaran 3 menunjukkan AJK Logistik & Kebersihan menyusun barangan yang dihantar oleh peserta.

 

Gambaran 4 menunjukkan peserta tiba untuk menghantar barang kitar semula.

Gambaran 5 menunjukkan sesi bergambar bersama Top Board dan AJK program Recycle For Tomorrow.

Tarikh Input: 16/12/2024 | Kemaskini: 16/12/2024 | m.ahir

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ DUA BELAS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1440/ 2160
-
W, (08:15:46am-08:20:46am, 15 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]