Oleh: Ayna Farhana Mohamad Sari
SERDANG, 10 September - Perpustakaan Sultan Abdul Samad Universiti Putra Malaysia (UPM) telah melancarkan program Read@Uni untuk meningkatkan peratusan tabiat budaya membaca di kalangan warga universiti. Serahan buku kepada kolej sebagai simbolik bagi Pertandingan Sudut Bacaan Read@Uni UPM. Sebagai tanda sokongan serta pelaksanaan program Read@Uni yang telah diadakan, Kolej Dua Belas telah melancarkan Kempen Membaca Read@Uni bagi warga Kolej Dua Belas.
Sehubungan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memutuskan untuk melaksanakan kempen Dekad Membaca Kebangsaan (DMK) 2021-2030 yang bertujuan mewujudkan Malaysia sebagai sebuah negara berbudaya membaca dan menjadikan rakyat Malaysia sebagai bangsa berilmu bertaraf dunia.
Program Read@Uni dengan Slogan "With Knowledge We Lead" telah dilaksanakan dengan penyelarasan oleh perpustakaan di semua IPT Awam dan Swasta bagi menyemarakkan lagi kempen budaya membaca di institusi masing-masing dan membantu dalam menyokong aspirasi mewujudkan dekad membaca 2030. Program ini akan dilaksanakan secara terancang dan berterusan di UPM bagi memupuk minat membaca serta menyokong pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan ke arah mewujudkan warga universiti berbudaya membaca dan cintakan ilmu.
Penjurian telah diadakan di peringkat saringan Sudut Bacaan Read@Uni UPM 2019 di Kolej Dua Belas. Pertandingan ini telah diadili oleh 2 orang juri. Pertandingan ini merupakan satu usaha bagi memastikan setiap PTJ mempunyai sudut READ@UNI sendiri seperti yang telah disarankan oleh pihak universiti.
Sudut Bacaan yang diberi nama Srengenge Corner yang diambil salah satu nama daripada Novel sasterawan negara terkenal, Shahnon Ahmad. Sudut tersebut mengandungi 5 kategori utama seperti buku fiksyen dan bukan fiksyen, inovasi, rekabentuk, pemasaran dan sudut permainan interaktif kanak-kanak, staf dan pelawat eDU-PARK. Ulasan buku secara santai dan penerangan diberikan semasa penjurian merupakan antara persembahan menarik semasa sesi penjurian yang berlangsung.
Staf Kolej Dua Belas bertungkus-lumus mengerah idea dan tenaga bagi menyiapkan projek sudut bacaan ini setelah perancangan awal diubah dan akhirnya segala usaha pasukan telah membuahkan hasil.
Beliau mengharapkan budaya membaca dapat disemai dalam kalangan staf PSP secara berterusan dan sudut ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya bagi meningkatkan ilmu pengetahuan staf.
#upmmembaca #malaysiamembaca #readuni
Tarikh Input: 30/09/2019 | Kemaskini: 15/10/2019 | aynafarhana

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR