Thailand, 22 Jan 2017.
Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej Dua Belas dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UPM bersama-sama Universiti
Nakhon Si Thammarat Rajabhat (NSTRU) telah menganjurkan Program Mobiliti Kolej 12 Malaysia-Thailand di Universiti Nakhon
Si Thammarat Rajabhat, Thailand pada 22 hingga 29 Januari 2017 (Ahad-Ahad) yang lepas. Seramai 40 orang pelajar daripada
Kolej 12 telah menyertai program ini.
Pelbagai aktiviti telah dijalankan di sana seperti mempelajari tarian dan alat muzik Thailand dan melakukan aktiviti-aktiviti
amal atau Corporate Social Responsibility (CSR) di Wat Mahachai Wanaram School dan Nakhon Si Thammarat School for Deaf.
Tarikh Input: | Kemaskini: 20/04/2017 | fuziah
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR