Program Gerak Kerja Go Green | KOLEJ DUA BELAS
» BERITA » Program Gerak Kerja Go Green

Program Gerak Kerja Go Green

Oleh: Ayna Farhana Mohamad Sari

 

 

SERDANG, 1 Ogos – pengurusan Kolej Dua Belas dengan Kerjasama jawatankuasa kecil Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) telah melaksanakan program gerak kerja Go Green melalui gotong-royong berkumpulan yang melibatkan semua pekerja sebagaimana yang telah dijadualkan. Program ini dilaksanakan pada 27 Julai 2022. Gerak kerja Go Green melibatkan aktiviti penanaman pokok baharu dan susun atur landskap di sekitar Kawasan Kolej Dua Belas. Selaras dengan objektif pelaksanaan EKSA yang menggalakkan aktiviti pembudayaan amalan hijau, K12UPM juga turut sama menyahut seruan tersebut untuk mewujudkan persekitaran yang kondusif serta meningkatkan amalan kreativiti di kalangan pekerja K12UPM. 

 

 

Melalui program ini dapat memberi fokus kepada kelestarian hijau untuk dipraktikkan bagi memastikan objektif pelaksanaan gerak kerja Go Green memenuhi tujuan utama pelaksanaan EKSA di Kolej Dua Belas. Program gerak kerja ini berakhir jam 12.00 tengahari.

 



Tarikh Input: 08/08/2022 | Kemaskini: 13/10/2022 | aynafarhana

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ DUA BELAS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 7362/ 2160
-
SXFGBAx~