Program Educathlon 2022 | KOLEJ DUA BELAS
» BERITA » Program Educathlon 2022

Program Educathlon 2022

SERDANG, 29 Mac – Sekretariat Akademik dan Pembangunan Siswa, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej 12 Sesi 2021/2022 dengan Kerjasama dengan pihak Pengurusan Kolej Dua Belas telah melaksanakan program Educathlon 2022. Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada masiswa mencungkil bakat dalam bidang penulisan kreatif dan meningkatkeyakinan diri dalam menyuarakan pemikiran, idea dan pendapat. Selain itu, program ini juga memberi pendedahan kepada mahasiswa dengan menggunakan aplikasi LinkedIn sebagai persediaan bagi menghadapi masa hadapan. Program ini mempunyai empat pertandingan di bawahnya dan satu bengkel. Penceramah bagi bengkel LinkedIn: Jobs & Social Networking ialah Encik Nazrul Irfanradi Bin Nazarulanuar. Beliau merupakan LinkedIn Freelance Speaker and Consultant dan telah dijemput menjadi speaker daripada pelbagai university serta institute Pendidikan di seluruh Malaysia.

 

 

Program ini telah bermula pada 13 April 2022 hingga 17 April 2022 melalui beberapa medium dalam talian iaitu e-mel, Instragram, google meet, Youtube dan Quizizz. Pelbagai aktiviti sepanjang tempoh ini telah berlangsung seperti pertandingan Spill It Out!, pertandingan 3MV TedTalk, pertindangan Let’s Quizizz, Be a Poet dan Bengkel LinkedIn: Jobs & Social Networking. Setelah semua pertandingan berlangsung, pengumuman keputusan pertandingan telah dijalankan pada hariterakhir iaitu 17 April 2022. Program Educathlon 2022 ini telah mendapat sambutan daripada ramai peserta dari Kolej 12 dan seluruh warga mahasiswa UPM.

 

 

 

Tarikh Input: 31/03/2022 | Kemaskini: 13/10/2022 | aynafarhana

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ DUA BELAS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 7362/ 2160
-
SXFFTAP~