Program Christmas Anonymous Wish K12 | KOLEJ DUA BELAS
» BERITA » Program Christmas Anonymous Wish K12

Program Christmas Anonymous Wish K12

Oleh: Khairunnisa Khairulazlan

 

SERDANG11 Januari - Program Christmas Anonymous Wish Kolej Dua Belas telah dianjurkan oleh Sekretariat Kerohanian dan Perpaduan Kaum, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Dua Belas sesi 2021/2022 pada 23 hingga 26 Disember 2021 melalui platform media sosial, iaitu aplikasi WhatsApp.

 

Program Christmas Anonymous Wish Kolej Dua Belas merupakan sebuah program yang bertujuan untuk meraikan perayaan Hari Krismas buat seluruh warga Kolej Dua Belas. Program ini berkonsepkan kiriman kad ucapan kepada kenalan yang menyambut perayaan Hari Krismas untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan mengukuhkan perpaduan kaum dalam kalangan mahasiswa tanpa mengira perbezaan agama dan bangsa. Program ini juga dapat memberi pendedahan kepada mahasiswa tentang kepentingan perayaan yang diraikan oleh setiap kaum dan agama di Malaysia di samping melahirkan mahasiswa yang sentiasa berusaha untuk mengukuhkan keharmonian, keamanan, dan perpaduan kaum. Diharapkan dengan pelaksanaan program ini, dapat memberi kesedaran kepada mahasiswa untuk saling menghormati perayaan kaum lain serta menyuburkan semangat muhibah dalam kalangan mahasiswa Kolej Dua Belas.

 

Seramai 88 orang pelajar dari Kolej Dua Belas telah menyertai program ini. 8 orang pelajar daripada Kolej Dua Belas telah menjalankan tugas dengan sangat baik sebagai ahli jawatankuasa bagi program ini. Setiap peserta yang menyertai program ini menunjukkan semangat kesepaduan yang sangat baik dengan mengirimkan ucapan kepada kenalan mereka yang menyambut perayaan ini.

Tarikh Input: 11/01/2022 | Kemaskini: 13/10/2022 | aynafarhana

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ DUA BELAS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 7362/ 2160
-
SXFFRAB~