Program Avana X Upm : Easiest Ways To Earn Money | KOLEJ DUA BELAS
» BERITA » Program Avana X Upm : Easiest Ways To Earn Money

Program Avana X Upm : Easiest Ways To Earn Money

Oleh: Sivaniswary Mohan

SERDANG, 10 Januari – Program AVANA X UPM: Easiest Ways to Earn Money diadakan Mencungkil bakat dan minat mahasiswa dalam bidang perniagaan khususnya dalam bidang pemasaran dan keusahawanan. Pelbagai perkongsian dan cara untuk menjana pendapatan telah dikongsikan oleh pihak AVANA kepada pelajar supaya mereka terdedah dengan maklumat peluang perniagaan yang lebih menguntungkan. Program AVANA X UPM telah dimulakan dengan bacaan doa diikuti dengan sesi perkongsian oleh penceramah. Seterusnya, sesi soal jawab bersama penceramah dijalankan bagi menjawab pertanyaan yang berlegar di minda pelajar.

Program ini dianjurkan oleh Sekretariat Keusahawanan dan Penajaan, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Dua Belas sesi 2021/202 dengan kerjasama pihak AVANA, pihak pengurusan Kolej Dua Belas dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), UPM.

Program AVANA X UPM ini dapat memberikan peluang kepada semua pelajar dan dapat menjadi perintis kepada kemajuan negara dalam bidang perniagaan, keusahawanan, sosial dan keprihatinan terhadap masyarakat untuk melahirkan pelajar universiti yang berjaya dan berwibawa. Ucapan penghargaan kepada semua pihak yang terbabit: Terima kasih diucapkan kepada pihak BHEP, UPM kerana memberi kelulusan untuk melaksanakan program ini. Terima kasih juga diucapkan kepada Prof. Madya Dr. Mohamad Aris Mohd Moklas, Pengetua Kolej Dua Belas dan pihak Pengurusan Kolej Dua Belas serta barisan Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Dua Belas sesi 2019/2020 yang banyak memberi dorongan, nasihat dan semangat bagi meneruskan pelaksanaan program ini. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada pihak AVANA yang sudi bekerjasama dengan kami bagi menjayakan Program AVANA X UPM ini. Di samping itu, ucapan terima kasih juga ditujukan kepada semua tetamu yang hadir bagi memeriahkan program ini serta barisan AJK yang terlibat dalam menjayakan program ini. Pencapaian dan pengalaman melalui penganjuran Program AVANA X UPM ini tidak akan dicapai tanpa penglibatan anda semua secara langsung mahupun tidak langsung.

 

Tarikh Input: 10/01/2022 | Kemaskini: 13/10/2022 | aynafarhana

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ DUA BELAS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 7362/ 2160
-
SXFGBAy~