Penjurian Pertandingan Sudut Bacaan READ@UNI UPM 2022 | KOLEJ DUA BELAS
» BERITA » Penjurian Pertandingan Sudut Bacaan READ@UNI UPM 2022

Penjurian Pertandingan Sudut Bacaan READ@UNI UPM 2022

SERDANG, 23 September – Selaras dengan Kempen Dekad Membaca Kebangsaan Tahun 2030 oleh Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), Universiti Putra Malaysia telah mengambil inisiatif pelancaran READ@UNI dengan slogan “With Knowledge We Lead” sebagai menyokong Hasrat kerajaan dalam menyemarakkan budaya membaca di Institusi Pendidikan Tinggi Malaysia. Read@Uni ialah inisiatif kempen membaca untuk semua universiti di Malaysia yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Objektif utama program ini adalah untuk menjadikan tabiat membaca khususnya dalam kalangan pelajar universiti meningkat dalam peratusan menjelang tahun 2030.

 

 

Perpustakaan Sultan Abdul Samad akan menganjurkan Pertandingan Sudut Bacaan Read@Uni UPM 2022 bagi menggalakkan aktiviti pembacaan dalam kalangan mahasiswa, pensyarah serta warga universiti keseluruhannya. Pertandingan ini merupakan salah satu Anugerah yang dipertandingkan sempena Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan (HKIP) UPM 2022. Pertandingan ini terbuka kepada semua PTJ di UPM dan keputusan pertandingan akan diumumkan pada sambutan HKIP 2022.

Kolej Dua Belas (K12) turut serta merealisasikan Read@Uni dengan menyediakan sudut bacaan yang dinamakan sebagai Mutiara Dua Belas. Penjurian pertandingan sudut bacaan READ@UNI UPM 2022 bagi kategori Kolej/ Perkhidmatan akan diadakan pada 21-23 September 2022. Kolej Dua Belas telah dikunjungi pada 22 September 2022 oleh Puan Siti Khairiah bt. Yusof, Perpustakaan Sultan Abdul Samad dan Encik Syaizwar Hazry b. Samsudin, Fakulti Bahasa Moden Dan Komunikasi.

 

 

Kupasan buku secara ringkas bersama Puan Muliati Abdul Rahman iaitu "Memoir Radin Umar Radin Sohadi: Aku Dan Amanah-Mu" semasa penjurian pertandingan tersebut berlangsung. Pemilihan kupasan tersebut dibuat kerana buku tersebut merupakan buku pertama edaran ke semua PTJ daripada Perpustakaan Sultan Abdul Samad pada tahun 2019 sempena pelancaran READ@UNI di UPM. Buku ini merupakan pemerhatian terhadap penghidupan serta alam sekitarnya.  Garapan idea dan luahan perasaannya dalam memoir ini jelas menunjukkan bahawa Radin Umar bersifat fundamental dalam prinsip, kontemporari dalam pendekatan dan futuristik dalam pandangan dan wawasan. Seruannya ringan, namun bermakna dalam. Ajakannya sederhana, tetapi ampuh dan sarat dengan tekad untuk melaksanakannya.

Syabas dan tahniah kepada warga Kolej Dua Belas bagi sama-sama menjayakan Sudut Bacaan Read@Uni di Kolej Dua Belas.

 

Tarikh Input: 28/09/2022 | Kemaskini: 13/10/2022 | aynafarhana

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ DUA BELAS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 7362/ 2160
-
SXFGAAt~