Penilaian Kendiri EKSA PTJ | KOLEJ DUA BELAS
» BERITA » Penilaian Kendiri EKSA PTJ

Penilaian Kendiri EKSA PTJ

SERDANG, 2 September – Universiti Putra Malaysia akan mengadakan Sambutan Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan (HKIP) pada 06 Disember 2022. Sebagaimana pelaksanaan tahun-tahun terdahulu Anugerah Kualiti Persekitaran Tempat Kerja merupakan salah satu daripada anugerah yang akan dipertandingkan sempena Sambutan HKIP pada tahun ini.

Sehubungan itu, semua PTJ yang ingin menyertai Anugerah Kualiti Persekitaran Tempat Kerja Sempena HKIP 2022 perlu melalui Penilaian Kendiri EKSA PTJ bermula 3 Ogos 2022 hingga 14  September 2022.

 

Penilaian tersebut telah dilaksanakan pada 2 September 2022 di Kolej Dua Belas, Universiti Putra Malaysia. Penilaian perlu dilaksanakan oleh Penilai Luar PTJ sepertimana yang telah ditetapkan oleh pihak Pusat Jaminan Kualiti. Kolej Dua Belas telah menerima kunjungan dua (2) panel juruaudit EKSA iaitu Cik Siti Noor Aisyah Binti Nazaruddin, Fakulti Bahasa Moden Dan Komunikasi dan Puan Fadhilah Binti Ishak, Pusat Antarabangsa (i-PUTRA).

Staf Kolej Dua Belas sangat komited dalam kerja berpasukan bagi mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif seterusnya meningkatkan kualiti sistem penyampaian perkhidmatan di samping menonjolkan imej korporat di PTJ. Sekalung tahniah dah syabas diucapkan kepada semua staf Kolej Dua Belas yang telah memberikan kerjasama dan komitmen dalam memastikan lokasi bersedia diaudit buat kali ini. Semoga teguran dan penemuan auditan pada kali ini mampu menyuntik idea baharu untuk terus berkhidmat dengan lebih cemerlang di Kolej Dua Belas amnya.

Keputusan pertandingan dan pemenang Anugerah Kualiti Persekitaran Tempat Kerja akan diumumkan semasa Sambutan hari Kualiti dan Perkhidmatan (HKIP) UPM pada 6 Disember 2022.

Tarikh Input: 28/09/2022 | Kemaskini: 13/10/2022 | aynafarhana

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ DUA BELAS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 7362/ 2160
-
SXFFXAF~