OOTD Vogue Raya Challenge K12 | KOLEJ DUA BELAS
» BERITA » OOTD Vogue Raya Challenge K12

OOTD Vogue Raya Challenge K12

SERDANG, 27 Mei - OOTD Vogue Raya Challenge K12 merupakan sebuah pertandingan yang bertujuan untuk memeriahkan lagi sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini meskipun disambut dalam suasana norma baharu.

Bukan itu sahaja, program ini juga dapat mencungkil bakat mahasiswa Kolej Dua Belas, Universiti Putra Malaysia (UPM) yang berkebolehan untuk memperagakan pakaian Hari Raya Aidilfitri. Di samping itu, mahasiswa juga berupaya untuk meneroka dan menzahirkan kreativiti melalui penghasilan gambar yang menarik. Anjuran program ini adalah oleh Sekretariat Teknologi Maklumat dan Penerbitan, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Dua Belas Sesi 2019/2020 dengan kerjasama pihak Pengurusan Kolej Dua Belas, UPM.

Gambar yang dimuat naik oleh peserta di Instagram akan dinilai dari segi kreativiti dan keterangan gambar yang menarik. Program ini dilaksanakan pada 9 Mei 2022 hingga 25 Mei 2022. Terdapat sebanyak 19 orang peserta yang menyertai program tersebut.

 

Gambar 1: Pemenang Tempat Kedua bagi program Ootd Vogue Raya Challenge K12

 

Gambar 2: pemenag tempat pertama bagi program Ootd Vogue Raya Challenge K12

 

Peserta berpeluang untuk meningkatkan kemahiran insaniah dalam pengunaan teknologi dan penyuntingan serta menyerlahkan kreativiti dengan idea yang lebih inovatif. Selain itu, masyarakat berkebolehan dalam menggunakan kemahiran yang dipelajari tanpa memerlukan perkhidmatan luar serta menyedari bahawa teknologi dan media sosial merupakan aspek yang amat penting dalam kehidupan.

 

Program ini juga dapat melahirkan mahasiswa yang proaktif serta berkebolehan dalam pelbagai bidang dalam usaha membangunkan negara yang lebih berdaya saing. Program Ootd Vogue Raya Challenge K12 ini dapat memberikan peluang kepada semua pelajar terutamanya siswi dan dapat menjadi perintis kepada kemajuan negara dalam bidang kepimpinan, kebudayaan, teknologi dan sosial terhadap masyarakat untuk melahirkan pelajar universiti yang berketerampilan dan berwibawa.

Tarikh Input: 28/07/2022 | Kemaskini: 13/10/2022 | aynafarhana

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ DUA BELAS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 7362/ 2160
-
SXFFVAX~