My Brain Challenge | KOLEJ DUA BELAS
» BERITA » My Brain Challenge

My Brain Challenge

Oleh: Wan Muhammad Hariz Hanis bin Wan Samsudin (Timbalan Pengarah Program MyBrain Challenge)

 

SERDANG, 3 Mac  -  Pada 1 hingga 3 Mac 2019, Sekretariat Akademik Kolej 12 dan Kolej 15 dengan jayanya telah bekerjasama dalam menganjurkan program gabungan bernama MyBrain Challenge 2019 di Dewan Putra 2.  Program berunsurkan pertandingan ini bersifat ilmiah telah berlangsung selama 3 hari berturut-turut dan telah mendapat sambutan yang positif dari kolej-kolej kediaman yang lain di UPM. 

Selain pertandingan interkolej seperti Spell-it-Right, Megamind Challenge dan Impromptu Speech, program ini juga menyediakan Karnival di Tapak Parkir Dewan Putra 2.  Sepanjang karnival  ini berlangsung, banyak permaina-peramianan interaktif seperti catur, carrom dan Sudoku dibuka untuk pengunjung.  Antara yang menjadi perhatian Pengetua Kolej 12 dan K15 ialah booth sains yang mempamerkan eksperimen-eksperimen sains yang unik.  Tahniah diucapkan kepada semua barisan AJK dan MTM dari kedua-dua pihak kolej kerana telah berjaya merealisasikan program gabungan  berimpak tinggi ini.   Semoga program ini menjadi batu asas buat program-program gabungan yang lain di masa hadapan.

 

 

 

Tarikh Input: 07/03/2019 | Kemaskini: 14/10/2019 | aynafarhana

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ DUA BELAS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 7362/ 2160
-
SXFGAAB~