MIND MATTERS: STUDENT EDITION | KOLEJ DUA BELAS
» BERITA » MIND MATTERS: STUDENT EDITION

MIND MATTERS: STUDENT EDITION

MIND MATTERS: STUDENT EDITION

KOLEJ DUA BELAS SESI 2025/2026

 

SERDANG, 4 DISEMBER – Program Mind Matters: Student Edition merupakan program anjuran Sekretariat Kediaman dan Kebajikan, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Dua Belas Sesi 2025/2026 dengan kerjasama Pihak Pengurusan Kolej Dua Belas. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran dan pemahaman kolegiat Kolej Dua Belas mengenai kepentingan kesihatan mental, khususnya dalam mengurus tekanan di kampus. Ceramah disampaikan oleh Puan Wan Azurani Wan Ahmad, Kaunselor UPM dengan tajuk “Antara Stres dan Strive: Bagaimana Mengurus Tekanan di Kampus?”. Melalui program ini, para kolegiat dapat mempelajari strategi praktikal dalam mengurus tekanan, membina daya tahan diri dan mengekalkan kesejahteraan mental dalam kehidupan akademik mereka.

 

Program ini telah menerima 130 peserta yang menyertai secara dalam talian melalui platform Google Meet. Program bermula pada pukul 8.00 malam dengan ketibaan felo dan para peserta diikuti oleh pembukaan program. Selepas sesi ceramah, pengumuman pemenang Art of Mind (pertandingan e-poster) dijalankan sebagai salah satu aktiviti utama program. Program diakhiri pada pukul 10.30 malam dengan sesi imbas kod QR bagi pengisian merit.

 

Program Mind Matters: Student Edition ini telah memberi pengalaman dan pendedahan yang bermakna kepada para kolegiat dalam memahami dan menangani tekanan serta menggalakkan penglibatan aktif dalam aktiviti yang menyokong kesejahteraan mental.

 

 

 

 

Gambar 1: Bacaan doa oleh AJK semasa program Mind Matters: Student Edition

 

 

 

Gambar 2: Pengarah program Mind Matters: Student Edition sedang memberikan ucapan.

 

 

Gambar 3: Perkongsian ceramah daripada Puan Wan Azurani Wan Ahmad.

 

 

 

Gambar 4: Sesi soal jawab antara peserta dan penceramah.

 

 

Gambar 5: Sesi pengumuman pemenang bagi pertandingan e-poster.

Tarikh Input: 19/01/2026 | Kemaskini: 19/01/2026 | m.ahir

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ DUA BELAS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1440/ 2160
-
W, (01:45:45am-01:50:45am, 16 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]