MALAM EKSPLORASI BUDAYA | KOLEJ DUA BELAS
» BERITA » MALAM EKSPLORASI BUDAYA

MALAM EKSPLORASI BUDAYA

MALAM EKSPLORASI BUDAYA

KOLEJ DUA BELAS SESI 2025/2026

 

SERDANG, 15 JANUARI – Program Malam Eksplorasi Budaya merupakan program anjuran Sekretariat Kebudayaan dan Kesenian, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Dua Belas Sesi 2025/2026 dengan kerjasama Pihak Pengurusan Kolej Dua Belas. Program ini bertujuan memberikan peluang dalam kalangan pelajar untuk menonjolkan bakat dalam tarian tradisional sekali gus memperkenalkan kepelbagaian budaya kaum dan bangsa di Malaysia.  Selain menjadi saluran apresiasi seni dalam kalangan mahasiswa, persembahan seni tradisional  turut berperana penting dalam mengekalkan warisan budaya negara agar dapat diwarisi oleh generasi kini dan generasi akan datang. Melalui penganjuran program ini, para pelajar bukan sahaja dapat mengasah bakat dalam bidang seni persembahan, tetapi juga berpeluang memperkukuh jati diri dan semangat perpaduan. Nilai kerjasama dan semangat kekitaan yang diterapkan melalui aktiviti berkumpulan juga mampu melahirkan mahasiswa yang lebih berdisiplin, kreatif dan berfikiran terbuka terhadap kepelbagaian budaya.

 

Program bermula pada pukul 8.00 malam dengan pendaftaran peserta dan penonton ke dalam Dewan Putra 2, disusuli dengan perarakan masuk tetamu kehormat dan diiringi dengan persembahan pembukaan daripada tarian singa.

 

Acara utama, Malam Eksplorasi Budaya bermula tepat pada pukul 8.40 malam dengan nyanyian lagu Negaraku dan Putra Gemilang. Setelah selesai nyanyian dua buah lagu, bacaan doa dimulakan dan ucapan oleh pengarah program membuka tirai pertandingan tarian. Peserta kumpulan pertama mempersembahkan tarian sehingga kumpulan ketiga dan diselitkan persembahan selingan nyanyian bagi meredakan suasana majlis. Majlis diteruskan lagi dengan tiga buah persembahan tarian oleh para peserta. Selesai keenam-enam buah kumpulan mempersembahkan tarian yang penuh dengan kreativiti dan elemen tradisional, pengacara majlis membuka sesi temu ramah bersama penonton bagi mendapatkan pandangan terhadap persembahan tarian yang telah dipersembahkan. Juri dibawa ke bilik tetamu bagi sesi pengiraan markah dan diteruskan lagi dengan persembahan nyanyian oleh pelajar.

 

Majlis kemudian diteruskan pada pukul 10.00 malam dengan majlis penutupan dan penyampaian hadiah yang disempurnakan oleh Cik Suzziyana Hosni, Ketua Felo Kolej Dua Belas. Sesi bergambar rasmi berlangsung pada pukul 10.30 malam melibatkan tetamu kehormat, barisan juri, AJK dan peserta sebelum program ditamatkan secara rasmi pada pukul 11.00 malam menutup tirai Malam Eksplorasi Budaya dengan penuh semangat, kejayaan dan keceriaan.

 

 

                          

                                    

 

 

 Gambar 1: Ketibaan dan pendaftran penonton.

 

 

 

Gambar 2: Peserta mempersembahkan persembahan.

 

 

 

Gambar 3: Gimik perasmian.

 

 

 

Gambar 4: Penyampaian hadiah kepada pemenang.

 

 

 

Gambar 5: Sesi bergambar bersama tetamu kehormat, barisan juri, ahli jawatankuasa dan para peserta.

 

Tarikh Input: 04/02/2026 | Kemaskini: 04/02/2026 | m.ahir

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ DUA BELAS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1440/ 2160
-
S, (02:32:03pm-02:37:03pm, 07 Apr 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]