MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN | KOLEJ DUA BELAS
» BERITA » MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN

MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN

MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN

 MAJLIS PERWAKILAN KOLEJ

KOLEJ DUA BELAS SESI 2025/2026

 

SERDANG, 25 OKTOBER – Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Dua Belas Sesi 2025/2026 telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Putra 2, Kolej Serumpun, Universiti Putra Malaysia dan turut disiarkan secara langsung melalui YouTube Live TwelveTV. Program ini dianjurkan oleh Sekretariat Pendigitalan dan Komunikasi Korporat dengan kerjasama pihak pengurusan Kolej Dua Belas. Majlis diadakan bertujuan melantik serta memperkenalkan barisan kepimpinan baharu Kolej Dua Belas secara rasmi kepada seluruh warga kolegiat serta memberi pengiktirafan kepada Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Dua Belas Sesi 2024/2025 atas sumbangan dan dedikasi mereka sepanjang tempoh perkhidmatan. Dalam program ini, warga kolegiat dapat menyaksikan secara langsung majlis pelantikan barisan kepimpinan. Program ini juga memberi peluang kepada warga kolegiat untuk mengikuti majlis secara fizikal atau dalam talian, meningkatkan keterlibatan mereka dalam aktiviti kolej serta memperoleh pengalaman berharga dalam memahami perjalanan kepimpinan kolegiat secara praktikal. Tambahan lagi, program ini turut memberi inspirasi kepada warga kolegiat untuk menjadi sebahagian daripada Majlis Perwakilan Kolej pada masa hadapan.

 

Majlis bermula dengan perarakan masuk tetamu kehormat ke Dewan Putra 2 dimulakan pada pukul 7.40 malam dan diteruskan dengan bacaan doa bagi memohon keberkatan majlis. Seterusnya, majlis menjemput Puan Noorhayati Fazlul Haque, Pegawai Tadbir Kolej Dua Belas untuk memberi ucapan perasmian. Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan kepimpinan berintegriti, semangat tanggungjawab serta komitmen tinggi dalam memperkasa kebajikan mahasiswa sepanjang sesi perkhidmatan yang baharu. Sesi gimik perasmian diadakan bagi menandakan secara simbolik bermulanya tempoh perkhidmatan Majlis Perwakilan Kolej Sesi 2025/2026.

 

Simbolik penyerahan watikah pelantikan kepada Presiden Majlis Perwakilan Kolej Sesi 2025/2026 dilaksanakan antara pukul 8.45 malam sehingga 9.55 malam diikuti penyampaian sijil dan plak penghargaan kepada kepimpinan terdahulu. Bacaan ikrar diketuai oleh Muhammad Afiq, Presiden Majlis Perwakilan Kolej bersama seluruh ahli Majlis Perwakilan Kolej sebagai tanda memikul amanah yang diberikan. Sesi menjamu selera turut dimeriahkan dengan persembahan nyanyian oleh kumpulan Petra D’ Wangsa. Majlis bersurai pada pukul 10.00 malam setelah semua tetamu mengimbas kod QR kehadiran masing-masing.

 

Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan ini berjalan dengan penuh tertib dan meriah, serta membolehkan lebih ramai mahasiswa mengikuti perjalanan majlis secara fizikal dan dalam talian, sekali gus menghargai sumbangan kepimpinan terdahulu dan memperkenalkan barisan kepimpinan baharu Kolej Dua Belas.

 

 

 

Gambar 1: Ketibaan Pegawai Tadbir diiringi oleh tetamu kehormat masuk ke dalam dewan.

 

 

Gambar 2: Persembahan pembukaan daripada kumpulan Petra D’Wangsa.

 

 

Gambar 3: Pegawai Tadbir Kolej Dua Belas sedang memberikan ucapan.

 

 

 

Gambar 4: Gimik perasmian dilaksanakan sebagai simbolik pelancaran majlis.

 

 

Gambar 5: Sesi penyerahan sijil dan plak kepada presiden Majlis Perwakilan Kolej Sesi 2025/2026 sebagai wakil.

 

Gambar 6: Barisan Majlis Perwakilan Kolej Sesi 2025/2026 sedang membaca ikrar.

 

Gambar 7: Presiden Majlis Perwakilan Kolej Sesi 2025/2026 sedang memberi ucapan.

 

 

Tarikh Input: 19/01/2026 | Kemaskini: 19/01/2026 | m.ahir

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ DUA BELAS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1440/ 2160
-
W, (07:32:37am-07:37:37am, 17 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]