Majlis Apresiasi Dan Anugerah Kolej Dua Belas | KOLEJ DUA BELAS
» BERITA » Majlis Apresiasi dan Anugerah Kolej Dua Belas

Majlis Apresiasi dan Anugerah Kolej Dua Belas

SERDANG, 19 April - Kolej Dua Belas mengabungkan dua aktiviti iaitu Majlis Apresiasi Gemersik Seribu Bintang (MAGSB)  bersama Majlis Anugerah Kualiti dan Kecemerlangan Kolej 12 (MA3K) yang bertemakan “Klasik Tradisional”.   

 

Majlis ini telah berlangsung di Dewan Putra 2, UPM Serdang dan dihadiri oleh YBhg Prof. Dr. Mohamad Roslan bin Sulaiman, Timbalan Naib Canselor, Bahagian Hal Ehwal Pelajar.

 

Majlis ini adalah untuk meraikan pelajar tahun akhir yang akan bergraduat kelak dan juga memberi penghargaan kepada para pelajar yang telah mengharumkan nama kolej dalam semua bidang serta menyuntik semangat dan menyemai sikap yang positif.

Majlis malam ini telah dimulakan dengan persembahan tayangan video montaj yang disediakan oleh Exco Multimedia Majlis Apresiasi dan Anugerah Kolej 12 dan acara kemuncak majlis malam ini adalah penganugerah kepada pelajar-pelajar  yang memberi komitmen serta sumbangan kepada Kolej Dua Belas.

Anugerah Majlis Apresiasi dan Anugerah Kolej 12 :

Anugerah Jasa Bakti – Jennifer a/p Anttonysamy

Anugerah Setia Bakti -  Annis Amira binti  Azman, Muhammad Hairul Izam bin K. Abdul Rahman Cassandra Soong Weiran dan Amirah Syazwani binti Roslan

Anugerah Permata Bakti – Wan Muhammad Hariz Hanid bin Wan Samsudin, Mohamad Shayrul Udin, Nur Irrana binti Clement, Muadz Muhammad Jufri dan Nur Adiba Fasihah Mohammad Hatta

Anugerah Budayawati – Hanna Nabila Ismail

Anugerah Akademik Terbaik – Cassandra Soong Weiran dan Asveene Chandran dan Fatin Imanina Matsari

Anugerah Pasukan Terbaik – Pasukan Golf Lelaki

Anugerah Pasukan Harapan -  Pasukan Bola Jaring dan Pasukan Ping Pong Lelaki

Anugerah Pengarah Program Terbaik – Mohamad Ariff Fikri bin Ali (Global Outreach Programme Japan)

Anugerah Tunas Harapan – Tengku Muhammad Daniel Tengku Mohd Yusri dan Nur Ain Syafiqah Khairi

 

Tahniah diucapkan kepada para penerima anugerah dan para pelajar Kolej Dua yang telah memberikan komitmen dalam menjayakan majlis ini.

 

Tarikh Input: 24/04/2019 | Kemaskini: 14/10/2019 | aynafarhana

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ DUA BELAS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 7362/ 2160
-
SXFFRAE~