Life Is Better On Two Wheels | KOLEJ DUA BELAS
» BERITA » Life is Better on Two Wheels

Life is Better on Two Wheels

SERDANG, 19 Mac - Life Is Better On Two Wheels diadakan bagi menarik minat mahasiswa Kolej Dua Belas untuk mendalami aktiviti berbasikal. Program ini telah dijalankan pada 12 Mac 2022 menggunakan medium dalam talian (Instagram) bagi mendedahkan Kelab Berbasikal Sekretariat Rekreasi Kolej Dua Belas kepada lebih ramai mahasiswa Kolej Dua Belas. Program ini dianjurkan oleh Sekretariat Rekreasi, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Dua Belas Sesi 2021/2022 dengan kerjasama Pihak Pengurusan Kolej Dua Belas, UPM.

Oleh hal yang demikian, mahasiswa Kolej Dua Belas akan lebih terdedah dengan program-program yang bakal dianjurkan oleh Kelab Berbasikal. Sebanyak 41 orang peserta telah menyertai program ini.

 

Gambar 1: Antara template yang dimuat naik oleh peserta

 

Peserta berpeluang berkongsi minat dalam aktiviti berbasikal di dalam media sosial sementara menarik minat mahasiswa lain untuk menceburi hobi berbasikal. Selain itu, masyarakat lebih tertarik untuk mengetahui lebih lanjut tentang aktiviti berbasikal serta melahirkan mahasiswa yang sihat dari segi mental dan fizikal.

Program ini mendapat respon yang positif dari peserta. Matlamat dan objektif program tercapai dan akan diteruskan lagi untuk sesi akan datang sebagai pengenalan yang bagus bagi aktiviti berbasikal.

 

Gambar 2: Contoh template yang dimuat naik ke akaun sekitariat rekreasi Kolej Dua Belas.

 

Program Life Is Better On Two Wheels dapat melahirkan mahasiswa Kolej Dua Belas yang berminat untuk mendalami aktiviti berbasikal. Selain itu, porgram ini juga dapat menggalakkan mahasiswa supaya mengamalkan gaya hidup yang sihat dan meningkatkan kesedaran mahasiswa terhadap kepentingan berbasikal.

 

Tarikh Input: 31/03/2022 | Kemaskini: 13/10/2022 | aynafarhana

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ DUA BELAS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 7362/ 2160
-
SXFFRAl~