LEVEL UP YOUR FYP! | KOLEJ DUA BELAS
» BERITA » LEVEL UP YOUR FYP!

LEVEL UP YOUR FYP!

LEVEL UP YOUR FYP!

KOLEJ DUA BELAS SESI 2025/2026

 

SERDANG, 19 DISEMBER – Program Level Up Your FYP! merupakan sebuah program anjuran Sekretariat Akademik dan Pembangunan Intelektual, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Dua Belas Sesi 2025/2026 dengan kerjasama Pihak Pengurusan Kolej Dua Belas, Universiti Putra Malaysia (UPM). Program ini dianjurkan bagi memberi pendedahan awal serta bimbingan kepada mahasiswa Kolej Dua Belas berkaitan proses penulisan Final Year Project (FYP) atau disertasi secara sistematik dan berkesan.

 

Penganjuran program ini bertujuan membantu pelajar memahami struktur asas, format penulisan serta etika akademik yang betul dalam penyediaan FYP. Selain itu, program ini turut berperanan meningkatkan keyakinan dan kesiapsiagaan mahasiswa dalam menghadapi cabaran penulisan projek akhir yang sering dianggap mencabar. Melalui perkongsian ilmu dan pengalaman daripada penceramah jemputan, para peserta didedahkan kepada langkah – langkah penting serta kesilapan lazim yang perlu dielakkan dalam penulisan akademik.

 

Program Level Up Your FYP! telah dijalankan secara dalam talian melalui platform Google Meet dan bermula pada pukul 8.00 malam dengan ketibaan para peserta. Majlis diteruskan dengan ketibaan tetamu VVIP serta penceramah jemputan sebelum ucapan alu-aluan disampaikan oleh Pengarah Program. Seterusnya, sesi perkongsian utama oleh penceramah jemputan dijalankan dengan memberi fokus kepada panduan praktikal penulisan Final Year Project (FYP), pengurusan masa serta teknik penyusunan kandungan projek akhir secara berkesan.

 

Program ini turut menyediakan sesi soal jawab bagi memberi peluang kepada peserta mengemukakan pertanyaan dan mendapatkan penjelasan secara langsung daripada penceramah. Seramai 100 orang mahasiswa Kolej Dua Belas telah menyertai program ini, sekali gus menunjukkan sambutan yang memberangsangkan serta keperluan terhadap bimbingan akademik seumpama ini.

 

Program diakhiri dengan sesi bergambar dan pengimbasan kod QR bagi tujuan merit sebelum majlis ditamatkan dengan teratur. Secara keseluruhannya, penganjuran Level Up Your FYP! berjaya mencapai objektif yang ditetapkan dan diharapkan dapat memberi manfaat berterusan kepada mahasiswa dalam menyiapkan Final Year Project atau disertasi dengan lebih terancang dan berkualiti.

 

 

Gambar 1: Bacaan doa oleh AJK program.

 

 

Gambar 2: Ucapan daripada pengarah program.

 

 

Gambar 3: Sesi perkongsian daripada penceramah jemputan.

 

 

Gambar 4: Sesi soal jawab antara peserta dan penceramah.

 

Gambar 5: Sesi bergambar bersama penceramah dan para peserta.

 

 

 

 

Tarikh Input: 24/02/2026 | Kemaskini: 25/02/2026 | firdaussolehin

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ DUA BELAS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1440/ 2160
-
W, (08:20:47pm-08:25:47pm, 15 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]