Let's Talk About Aedes | KOLEJ DUA BELAS
» BERITA » Let's Talk About Aedes

Let's Talk About Aedes

Oleh: Adriana Mahadi

SERDANG, 16 FEBRUARI – Program Let’s Talk About Aedes merupakan program anjuran Sekretariat Blok, Kebajikan, dan Keselamatan, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Dua Belas sesi 2021/2022 dengan Kerjasama Pihak Pengurusan Kolej Dua Belas. Program ini bertujuan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan mahasiswa mengenai nyamuk Aedes yang menjadi sebuah penyakit endemik di Malaysia. Bukan itu sahaja, permasalahan kes nyamuk Aedes ini juga merupakan sesuatu yang tidak asing di sekitar Kolej Dua Belas. Inisiatif program ini dilaksanakan adalah untuk meningkatkan kesedaran mahasiswa mengenai nyamuk Aedes serta bersama-sama menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes. Malah, program ingin bertujuan memupuk rasa tanggungjawab dalam diri mahasiswa untuk menjaga kebersihan kawasan sekeliling dan kediaman masing-masing.

Pengisian utama program ini terdiri daripada pengenalan nyamuk Aedes, penyakit berkaitan dengan denggi, dan simptom serta kawalan penyakit denggi yang disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Profesor Dr. Hidayatulfathi Othman.

Program ini bermula pada 8:00 malam diiringi oleh Saudari Nor Aishah Saari selaku moderator yang membuka majlis dan menjemput kehadiran menceramah bagi program Let’s Talk About Aedes. Program diteruskan dengan bacaan doa kemudian diteruskan dengan pengenalan biodata penceramah jemputan. Program diteruskan lagi dengan pengisian-pengisian utama yang telah dibincangkan di antara penganjur dan penceramah jemputan bagi memastikan tujuan program ini tercapai. Selepas perkongisan mengenai pengisian-pengisian program telah disampaikan, sesi soalan jawab dibuka kepada mahasiswa dan mahasiswi yang mempunyai persoalan terhadap nyamuk Aedes dan deman denggi. Program Let’s Talk About Aedes telah dihadiri oleh seramai 348 orang mahasiswa dan mahasiswa Universiti Putra Malaysia menerusi siaran lansung Youtube TwelveTV!. Banyak maklum balas dan komen positif diberikan oleh para penonton yang berpuas hati dengan kelancaran perjalanan program. Akhir sekali, program berakhir dengan kata-kata penutup moderator, sesi mengimbas kod QR untuk pengisian merit pelajar yang hadir dan program bersurai.

Tarikh Input: 16/02/2022 | Kemaskini: 13/10/2022 | aynafarhana

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ DUA BELAS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 7362/ 2160
-
SXFFSAj~