LEPARK K12 2.0 | KOLEJ DUA BELAS
» BERITA » LEPARK K12 2.0

LEPARK K12 2.0

LEPARK K12 2.0

KOLEJ DUA BELAS SESI 2025/2026

 

SERDANG, 1 MEI – Program Lepark K12 2.0 merupakan program anjuran Sekretariat Keusahawanan, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Dua Belas Sesi 2025/2026 dengan kerjasama Pihak Pengurusan Kolej Dua Belas. Program ini bertujuan sebagai sebuah platform perniagaan, jualan, strategi pemasaran, dan pembangunan keusahawanan kepada pelajar dalam bidang perniagaan. Ianya menekankan pendedahan kepada aspek perniagaan. Salah satu tujuan program ini adalah menyediakan ruang yang lebih selesa dan santai untuk pengunjung yang hadir dan menenangkan diri dari sebarang tekanan yang dihadapi. Melalui program ini, mahasiswa juga dapat menjana ekonomi serta mengembangkan potensi mereka dalam bidang keusahawanan. Hal ini seterusnya akan dapat menambah pengalaman dalam dunia keusahawanan serta mempersiapkan mahasiswa dengan kemahiran asas perniagaan yang boleh dimanfaatkan selepas tamat pengajian di universiti kelak. Selain memupuk minat terhadap dunia keusahawanan, program ini turut membantu meningkatkan kemahiran komunikasi, pengurusan, pemasaran dan kerjasama pasukan. Secara keseluruhannya, Lepark K12 2.0 bertujuan melahirkan mahasiswa yang berdaya saing, inovatif dan berjiwa usahawan, selaras dengan aspirasi Universiti Putra Malaysia dalam membentuk graduan holistik dan berpotensi tinggi.

 

Program bermula pada pukul 3.00 petang dengan ketibaan vendor serta persediaan gerai, diikuti dengan pembukaan jualan dan aktiviti perniagaan yang dijalankan sehingga pukul 11.00 malam bagi memeriahkan suasana program.

 

Acara utama Lepark K12 2.0, bermula pada pukul 8.30 malam di mana bermula persembahan oleh kumpulan busking .Persembahan kumpulan ini berjaya menarik tumpuan ramai pengunjung dan membuat mereka untuk duduk di tempat kerusi yang

 

disediakan sehingga persembahan tamat pada pukul 10.30 malam. Format program ini bukan sahaja menguji kemahiran keusahawanan dan strategi pemasaran, malah memeriahkan suasana kampus dengan interaksi aktif antara peniaga dan pelanggan. Setiap gerai diuruskan sendiri oleh pelajar untuk memastikan urusan jual beli berjalan lancar sambil memupuk semangat daya saing dan inovasi dalam persekitaran perniagaan sebenar.

 

Aktiviti perniagaan ini berlangsung secara berterusan sehingga pukul 11.00 malam setiap hari sepanjang minggu program diadakan. Program ini dipantau selia oleh Encik Solihin Nawai selaku Felo Pemantau dan mendapat sokongan daripada Prof. Madya Dr. Siti Suriawati Isa selaku Pengetua Kolej Dua Belas. Pada hari terakhir iaitu 24 April 2026, sesi mengemas dan membersihkan tapak perniagaan bermula pada pukul 11.30 malam menutup tirai Lepark K12 2.0 dengan penuh semangat kerjasama dan kejayaan dalam mencapai objektif melahirkan usahawan siswa.

 

 

Gambar 1: Pengunjung beratur sebelum membeli makanan.

 

 

 

Gambar 2: Pengunjung sedang menunggu makanan yang disiapkan oleh peniaga.

 

 

 

Gambar 3: Pengunjung sedang memilih menu yang ingin dibeli.

 

 

 

Gambar 4: Persembahan nyanyian oleh kumpulan busking.

 

 

 

Gambar 5: Pengunjung duduk dan berehat di tempat yang disediakan.

Tarikh Input: 23/06/2026 | Kemaskini: 23/06/2026 | m.ahir

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ DUA BELAS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1440/ 2160
-
X, (12:59:33pm-01:04:33pm, 24 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]