LEPARK K12 | KOLEJ DUA BELAS
» BERITA » LEPARK K12

LEPARK K12

LEPARK K12

KOLEJ DUA BELAS SESI 2025/2026

 

SERDANG, 19 JANUARI – Program Lepark K12 merupakan anjuran Sekretariat Keusahawanan, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Dua Belas Sesi 2025/2026 dengan kerjasama Pihak Pengurusan Kolej Dua Belas. Program ini bertujuan sebagai sebuah platform perniagaan, jualan, strategi pemasaran dan pembangunan keusahawanan kepada pelajar dalam bidang perniagaan. Program ini memberikan pendedahan kepada aspek perniagaan dan memperkenalkan budaya niaga dalam kalangan mahasiswa. Melalui program ini juga, mahasiswa dapat menjana ekonomi serta meningkatkan potensi mereka dalam bidang keusahawanan. Hal ini seterusnya akan dapat mempersiapkan mahasiswa dengan kemahiran asas perniagaan yang boleh mereka manfaatkan selepas menamatkan pengajian di universiti. Selain memupuk minat terhadap dunia keusahawanan, program ini turut membantu meningkatkan kemahiran komunikasi, pengurusan, pemasaran dan kerjasama berpasukan. Secara keseluruhannya, Lepark K12 bertujuan melahirkan mahasiswa yang berdaya saing, inovatif dan berjiwa usahawan, selaras dengan aspirasi Universiti Putra Malaysia dalam membentuk graduan holistik dan berpotensi tinggi. 

 

Program bermula pada pukul 5.00 petang dengan ketibaan vendor serta persediaan gerai, diikuti dengan pembukaan jualan dan aktiviti perniagaan yang dijalankan sehingga pukul 11.00 malam bagi memeriahkan suasana festival.

 

Acara utama Lepark K12, bermula pada pukul 12.00 tengah hari dengan pembukaan gerai jualan yang dikendalikan oleh para vendor dalam kalangan mahasiswa. Peserta menawarkan pelbagai jenis makanan, minuman serta produk kreatif yang menggabungkan elemen seni dan gaya hidup moden serta tradisional. Format festival ini bukan sahaja menguji kemahiran keusahawanan dan strategi pemasaran, malah memeriahkan suasana kampus dengan interaksi aktif antara peniaga dan pelanggan. Setiap gerai diuruskan sendiri oleh pelajar untuk memastikan urusan jual beli berjalan lancar, sambil memupuk semangat daya saing dan inovasi dalam persekitaran perniagaan sebenar.

 

Aktiviti perniagaan ini berlangsung secara berterusan sehingga pukul 11.00 malam setiap hari sepanjang minggu program diadakan. Program ini dipantau selia oleh Cik Suzziyana Hosni selaku Felo Pemantau dan mendapat sokongan Prof. Madya Dr. Siti Suriawati Isa selaku Pengetua Kolej Dua Belas. Pada hari terakhir iaitu 16 Januari 2026, sesi mengemas dan membersihkan tapak perniagaan bermula pada pukul 11.30 malam, menutup tirai Lepark K12 dengan penuh semangat kerjasama dan kejayaan dalam mencapai objektif melahirkan usahawan siswa.

 

Gambar 1: Penjual mempromosikan produk kepada pembeli.

 

Gambar 2: Kunjungan daripada pelajar di sekitar gerai jualan.

 

Gambar 3: Pengunjung beratur untuk membeli juadah makanan.

 

Gambar 4: Pengunjung melaksanakan pembayaran secara dalam talian.

 

Gambar 5: Peniaga menyediakan juadah minuman untuk dijual.

Tarikh Input: 24/02/2026 | Kemaskini: 24/02/2026 | firdaussolehin

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ DUA BELAS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1440/ 2160
-
W, (05:37:10pm-05:42:10pm, 16 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]