Kursus Kepimpinan 2019 | KOLEJ DUA BELAS
» BERITA » Kursus Kepimpinan 2019

Kursus Kepimpinan 2019

GOMBAK, 19 Januari - Seramai 45 orang pelajar Kolej Dua Belas telah menyertai Kurus Kepimpinan Team Building dan Kembara Semulajadi. Kursus tersebut telah berlangsung dari 14 – 17 Januari 2019 di sekitar kawasan Kolej dan di Kem Sri Raudah, Gombak pada 18 – 19 Januari 2019.

Aktiviti  ini adalah gabungan dua program yang bersifat kepimpinan dan lawatan sambil belajar yang dijalankan sebagai satu inisiatif bagi memantapkan lagi pengurusan dan pentadbiran Majlis Tertinggi Mahasiswa.  Program ini memberi ruang dan peluang kepada peserta untuk membina jati diri di samping memupuk sifat kerjasama dalam kumpulan serta membuka peluang kepada pelajar untuk mengembangkan idea-idea dan melahirkan pelajar yang berciri kepimpinan serta kebolehpasaran yang tinggi dan proaktif.

 

Menerusi program ini elemen kemahiran insaniah mula diterapkan di dalam diri pelajar seperti kemahiran kerja berpasukan, kemahiran kepimpinan, dan kemahiran pemikiran kritis serta kemahiran menyelesaikan masalah. Pada waktu yang sama program ini juga telah menjadi medium untuk mengukuhkan ikatan silaturrahim antara para pelajar dengan pihak pengurusan Kolej Dua Belas.

 

Tarikh Input: 23/01/2019 | Kemaskini: 14/10/2019 | aynafarhana

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ DUA BELAS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 7362/ 2160
-
SXFFXAq~