KSK12 Care Day! | KOLEJ DUA BELAS
» BERITA » KSK12 Care Day!

KSK12 Care Day!

 

SERDANG, 1 Julai KSK12 Care Day! merupakan program anjuran Kelab Sukarelawan Kolej Dua Belas bersama-sama Sekretariat Alumni dan Kesukarelawanan, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Dua Belas sesi 2021/2022 dengan kerjasama Pihak Pengurusan Kolej Dua Belas dan BHEP, Universiti Putra Malaysia (UPM). Program ini merupakan satu program kesukarelawanan yang telah dilaksanakan bagi memupuk keperibadian diri serta mengaplikasikan nilai sivik di dalam diri mahasiswa di samping mengeratkan silaturrahim antara ahli kelab. Aktiviti utama mahasiswa adalah bergotong royong membersihkan kawasan sekeliling Rumah Kebajikan dan Bimbingan At-Taqwa yang bertempat di Puchong untuk. menyemai semangat kesukarelawanan dalam diri mahasiswa.

 

Gambar 1: Pengurus Rumah Kebajikan dan Bimbingan At-Taqwa, Ustazah Norhayati menberikan ucapan dan berkongsi sedikit-sebanyak mengenai penduduk rumah kebajikan.

 

Program ini telah dilaksanakan secara fizikal di Rumah Kebajikan dan Bimbingan At-Taqwa, Puchong. Yuran penyertaan bagi program ini adalah sebanyak RM5 bagi setiap peserta dan terbuka hanya kepada ahli kelab sukarelawan Kolej 12, UPM. Bilangan mahasiswa yang menyertai program ini adalah seramai 23 orang peserta.

Program KSK12 Care Day! ini telah dimulakan pada jam 9.00 pagi dengan ucapan kata alu-aluan daripada presiden kelab, diikuti dengan ucapan daripada pengurus rumah kebajikan tersebut iaitu Puan Norhayati. Perkongsian dari Puan Norhayati sedikit sebanyak dapat bagi memberi inspirasi kepada pelajar untuk terus meneruskan penglibatan dalam aktiviti berbentuk kesukarelawanan dan telah meningkatkan lagi perasaan bertimbang rasa dalam kehidupan. Aktiviti yang seterusnya adalah sesi bergotong-royong, ucapan penutup serta pemberian sumbangan daripada presiden kelab kepada wakil rumah kebajikan. Program diakhiri dengan sesi bergambar bersama ahli Rumah Kebajikan dan Bimbingan At-Taqwa pada jam 12.00 tengah hari.

 

Gambar 2: Peserta bergotong-royong membersihkan kawasan di sekitar Rumah Kebajikan dan Bimbingan At-Taqwa, Puchong.

 

Gambar 3: Sesi bergambar peserta bersama penduduk rumah kebajikan.

Tarikh Input: 28/07/2022 | Kemaskini: 13/10/2022 | aynafarhana

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ DUA BELAS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 7362/ 2160
-
SXFFXAH~