KPO MPK 2019: Didik Pemimpin Masa Hadapan | KOLEJ DUA BELAS
» BERITA » KPO MPK 2019: Didik Pemimpin Masa Hadapan

KPO MPK 2019: Didik Pemimpin Masa Hadapan

Oleh: Ayna Farhana Mohamad Sari

 

SERDANG, 29 Ogos - Kem Pemantapan Organisasi, Majlis Perwakilan Kolej Sesi 2019/2020 diadakan pada 22 hingga 28 Ogos 2019 yang dihadiri seramai 42 orang Majlis Perwakilan Kolej. Menerusi program ini elemen kemahiran insaniah mula diterapkan di dalam diri pelajar seperti kemahiran kerja berpasukan, kemahiran kepimpinan, dan kemahiran pemikiran kritis serta kemahiran menyelesaikan masalah. Pada waktu yang sama kem ini juga telah menjadi medium untuk mengukuhkan ikatan silaturrahim antara para pelajar dengan pihak pengurusan Kolej Dua Belas.

 

Sesi ice breaking dan sesi brainstorming bagi pengurusan kertas kerja, surat menyurat, minit mesyuarat oleh En. Awangku Muhammad Aisamuddin.

 

Turut diadakan sesi Pengurusan Majlis dan Protokol serta sesi Penampilan Diri dan Etika oleh En. Raja Muhammad Muzamir. Manakala terdapat mock event sebagai praktikal untuk MPK.

 

Slot seterusnya telah diadakan di Port Dickson, Negeri Sembilan bertemakan 1 Beach 1 Nation dan antara aktiviti dijalankan seperti riadah, permainan, serta membersihkan pantai seperti mengutip sampah sekitar pantai.

 

Pihak pengurusan menjemput Kolej Universiti Antarabangsa PICOMS bagi slot Kursus Asas Pertolongan Cemas. Objektif kursus ini adalah untuk memberi pendedahan asas kepada semua MPK untuk lebih memahami dan mempelajari asas pertolongan cemas dalam usaha menyelamatkan nyawa. Dengan adanya asas pertolongan cemas ini juga dapat mengelakkan keadaan mangsa menjadi bertambah buruk sebelum mangsa mendapatkan rawatan yang sepatutnya.

 

Terdapat juga Slot Visibiliti Sosial Media oleh Puan Siti Fariza Mohamad Isa, Penolong Pengarah Unit Komunikasi & Hubungan Korporat, Jabatan Pendidikan Tinggi, KPM.

 

Rata-rata peserta KPO yang dijalankan selama 7 hari 6 malam ini memberikan skor 5 (tertinggi) untuk semua program yang dirancangkan dan mengatakan bahawa mereka telah memperoleh satu ilmu baru yang tidak diajar secara terus dalam kelas-kelas akademik.

Semoga kem ini memberi suntikan semangat kepada Majlis Perwakilan Pelajar (MPK) Kolej Dua Belas, Sesi 2019/2020 untuk meningkatkan potensi diri dan terus menyumbang kepada perkhidmatan yang terbaik di Universiti Putra Malaysia. Diharap menerusi kem ini objektif utama kem ini mampu dicapai.

 

Tarikh Input: 12/09/2019 | Kemaskini: 14/10/2019 | aynafarhana

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ DUA BELAS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 7362/ 2160
-
SXFFTA6~