Kolej Dua Belas Merangkul Johan! | KOLEJ DUA BELAS
» BERITA » Kolej Dua Belas Merangkul Johan!

Kolej Dua Belas Merangkul Johan!

Oleh: Ayna Farhana Mohamad Sari

SERDANG, 22 Ogos -  Bahagian Hal Ehwal Pelajar menganjurkan Kem Pengurusan Organisasi Mega Majlis Perwakilan Kolej bagi tahun 2019 di Kem PLKN Jaya Gemilang A’Famosa, Melaka pada 18 hingga 21 Ogos 2019.

Kem tersebut dihadiri oleh Majlis Perwakilan Kolej Sesi 2019/2020 dari 9 buah Kolej Kediaman. Pelbagai aktiviti diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa tentang asas kepimpinan unggul selari dengan peningkatan cabaran dalam bidang pendidikan dan pembentukan sahsiah pelajar di Universiti Putra Malaysia.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini adalah Tarian Zafina, latihan kawad, aktiviti luar seperti night orienteering, obstacle course, aktiviti air, permainan tong bocor, slot berkaitan penajaan serta hala tuju aktiviti pelajar.

Kolej Dua Belas telah memperoleh juara keseluruhan bagi KPO yang julung kali diadakan serta membawa pulang piala pusingan dan hadiah. Tahniah diucapkan kepada MPK Sesi 2019/2020. Semoga kejayaan ini  dapat memberi suntikan semangat untuk meningkatkan potensi diri dan terus menyumbang kepada perkhidmatan yang terbaik di UPM.

Perasmian penutup Kem Pengurusan Organisasi Mega Majlis Perwakilan Kolej Tahun 2019 oleh YBhg. Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman (Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni).

Berikut merupakan keputusan penuh Aktiviti KPO Mega Majlis Perwakilan Kolej Sesi 2019/2020 UPM:

Keputusan Keseluruhan

Johan : Kolej Dua Belas

Naib Johan : KOSASS & Kolej Sepuluh

Keempat : Kolej Tiga Belas

Kelima : Kolej Empat Belas

Keenam : Kolej Tujuh Belas

Ketujuh : Kolej Pendeta Za’ba

Kelapan : Kolej Tun Dr. Ismail

Kesembilan : Kolej Canselor

TAHNIAH KOLEJ DUA BELAS!

Tarikh Input: 28/08/2019 | Kemaskini: 14/10/2019 | aynafarhana

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ DUA BELAS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 7362/ 2160
-
SXFFVAg~