Kolej Dua Belas Di Majlis Anugerah Bakat MAPUM 2022 Di UMT | KOLEJ DUA BELAS
» BERITA » Kolej Dua Belas di Majlis Anugerah Bakat MAPUM 2022 di UMT

Kolej Dua Belas di Majlis Anugerah Bakat MAPUM 2022 di UMT

SERDANG, 15 September – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk julung kalinya menganjurkan Majlis Anugerah Bakat MAPUM (MABMA) 2022 kepada warga kerja Majlis Perumahan Universiti-Universiti Awam Malaysia (MAPUM). Sebanyak 18 Anugerah diperkenalkan kepada 20 Universiti Awam (UA) d negara ini dan Ketua Setiausaha KPT, Datuk Seri Abdul Razak Jaafar menyampaikan hadiah-hadiah itu.

Tahniah dan Syabas Kolej Dua Belas kerana tersenarai bagi Top 5 Finalis bagi Anugerah Kelestarian Kolej Kediaman.

Beliau dalam ucapannya berkata, penganugerahan ini sebagai pengiktirafan kepada staf pengurusan serta profesional, staf sokongan dan kepimpinan pelajar di universiti.

“Kita bangga dengan hasil usaha staf dan pelajar terutama kerana cekap dalam merancang dan melaksanakanya sehingga beroleh kejayaan yang bukan sahaja untuk warga kampus malah masyarakat juga,” ujar beliau di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) pada 14 September 2022.

Katanya, KPT amat menitikberatkan kelicinan serta kecekapan pengurusan kolej-kolej kediaman universiti awam di Malaysia selaras dengan hasrat kementerian untuk mewujudkan suasana kampus yang selamat dan sejahtera untuk diduduki pelajar dalam apa juga keadaan termasuk ketika COVID-19.

 

Namun semua itu pastinya tidak akan berjaya sekiranya tidak mendapat kerjasama daripada semua pihak terutama ahli MAPUM yang dilihat komited melaksanakan tugas dengan sikap profesional. Kelancaran majlis ini walaupun pertama kali dianjurkan tetap meriah dan pemenang-pemenang juga dilihat mempunyai kualiti dalam pencapaian mereka. Di majlis itu UUM turut merangkul lapan anugerah daripada 18 anugerah yang dipertandingkan.

 

 

Antara anugerah yang dimenangi ialah:

 

  • Anugerah Kolej Kediaman Terbaik (kategori perak) – keseluruhan;
  • Anugerah Pemimpin Kolej Kediaman (kategori emas) Muhammad Saniy Samsudin;
  • Anugerah Jawatankuasa Kolej Kediaman Terbaik (kategori emas & piala pusingan) INASIS MAS & TNB UUM;
  • Anugerah Program Pemimpin Kesukarelawanan Terbaik (kategori emas) Muhammad Saniy Samsudin;
  • Anugerah Pemimpin Program Sukan Terbaik (kategori emas) Muhammad Najmi Shakir Abu Hassan;
  • Anugerah Pemimpin Program Keusahawanan Terbaik (kategori perak) Nur Arrysha Najeeha Azman; dan
  • Anugerah Kesukarelawan Cemerlang (kategori emas) Mohd Khairone Mat Khatidin.

Tarikh Input: 28/09/2022 | Kemaskini: 13/10/2022 | aynafarhana

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ DUA BELAS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 7362/ 2160
-
SXFFTAi~