Klinik Safe Ride K12 | KOLEJ DUA BELAS
» BERITA » Klinik Safe Ride K12

Klinik Safe Ride K12

SERDANG, 4 Disember – Program Klinik Safe Ride K12 merupakan program anjuran Sekretariat Rekreasi, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Dua Belas sesi 2022/2023 dengan kerjasama Pihak Pengurusan Kolej Dua Belas. Program ini bertujuan untuk meningkatkan ilmu asas keselamatan yang perlu dipraktikkan dan serba sedikit pengetahuan khusus mengenai kemahiran membaiki basikal kepada mahasiswa khususnya kepada ahli Kelab Basikal, Kolej Dua Belas, Universiti Putra Malaysia (UPM). Program ini merupakan inisiatif untuk memberi pendedahan pertama kepada ahli Kelab Basikal, Kolej Dua Belas tentang asas-asas keselamatan ketika berbasikal dan mempelajari kemahiran membaiki basikal jika berlaku kerosakan untuk membantu ahli kelab sebelum mereka memulakan aktiviti kelab bersama.

 

Pendaftaran peserta di Wakaf Kolej 12.

 

Pengisian utama program ini terdiri daripada perkongsian tentang keselamatan asas berbasikal dan pengetahuan khusus mengenai cara-cara membaiki basikal secara teori oleh penceramah iaitu Encik Fairul Razi. Selain itu, demonstrasi dan pengajaran secara langsung kemahiran membaiki basikal oleh Encik Fairul Razi bersama-sama ahli pasukan beliau kepada para peserta.

 

Ceramah keselamatan asas basikal yang disampaikan oleh penceramah.

 

Program ini bermula pada jam 9:00 pagi dengan pendaftaran peserta dan kehadiran penceramah ke program Klinik Safe Ride K12. Seterusnya, program diteruskan oleh saudari Khalisah Husna Khairilazhar selaku pengacara majlis yang membuka majlis dan bacaan doa. Program diteruskan lagi dengan perkongsian tentang keselamatan asas berbasikal dan cara-cara membaiki basikal secara teori oleh penceramah. Selepas perkongsian mengenai keselamatan asas berbasikal dan cara-cara membaiki basikal telah disampaikan, sesi soalan jawab dibuka kepada para peserta yang mempunyai persoalan tentang cara-cara membaiki basikal. Program diteruskan dengan demonstrasi dan pengajaran secara langsung oleh pasukan yang dibawa oleh penceramah. Semasa aktiviti demonstrasi berlangsung, peserta dibahagikan kepada dua kumpulan yang terdiri daripada 12 dan 13 orang bagi setiap kumpulan. Pihak penceramah telah mengadakan aktiviti pertandingan pam tayar basikal dengan untuk menguji pemahaman peserta tentang kemahiran membaiki basikal yang telah dikongsikan tadi. Program Klinik Safe Ride K12 telah diadakan secara bersemuka bertempat di Wakaf Kolej Dua Belas dan Bengkel Basikal Kolej Dua Belas dan telah dihadiri oleh seramai 25 orang peserta yang terdiri daripada ahli Kelab Basikal, Kolej Dua Belas dan mahasiswa Kolej Dua Belas. Akhir sekali, program berakhir dengan penyampaian hadiah kepada penceramah, kata-kata penutup pengacara majlis, sesi mengimbas kod QR untuk pengisian merit peserta, sesi bergambar dan majlis bersurai.

 

Aktiviti demonstrasi membaiki basikal oleh penceramah.

Pemberian cenderahati daripada penceramah kepada pemenang aktiviti berkumpulan.

Sesi bergambar para peserta bersama penceramah.

Tarikh Input: 19/12/2022 | Kemaskini: 12/02/2023 | aynafarhana

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ DUA BELAS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 7362/ 2160
-
SXFFSAa~