Kemasukan Pelajar UPM Kembali Ke Kampus Sesi 2022/2023 | KOLEJ DUA BELAS
» BERITA » Kemasukan Pelajar UPM Kembali Ke Kampus Sesi 2022/2023

Kemasukan Pelajar UPM Kembali Ke Kampus Sesi 2022/2023

SERDANG, 11 Oktober – Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menerima kemasukan pelajar UPM Kembali ke kampus Sesi 2022/2023 pada 8 hingga 9 Oktober 2022. Selepas menerima Pendaftaran Masuk Pelajar Baharu Sesi 2022/2023 pada 6 Oktober 2022, Kolej Dua Belas terus menerima pelajar lama sehari selepas pendaftaran pelajar baharu mendaftar.

Prof Madya Dr. Mohamad Aris Mohd Moklas, Pengetua Kolej Dua Belas berkata “Kami sedaya upaya membantu pelajar yang berstatus luar kampus mendapatkan penginapan di kolej kediaman demi menjaga kebajikan pelajar. Namun, pemberian penempatan adalah bergantung kepada kekosongan di kolej kediaman. Alhamdulillah sehingga setakat ini seramai 320 telah berjaya mendapat penginapan” katanya.

Bagi mencegah risiko penularan pandemik COVID-19 dalam kampus Universiti Putra Malaysia, pihak pengurusan kolej-kolej kediaman UPM masih tertakluk kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan dan mengutamakan langkah keselamatan.

Barisan staf, felo dan Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Dua Belas mengucapkan selamat Kembali ke kampus kepada pelajar Kolej Dua Belas, Universiti Putra Malaysia. Ribuan terima kasih turut diucapkan kepada para petugas, MPK, staf Kolej Dua Belas atas kerjasama bagi memastikan proses pendaftaran masuk kolej kediaman pada sesi ini berjalan dengan lancar. Seluruh warga Kolej Dua Belas berharap pelajar Kolej Dua Belas pada sesi kali ini dapat menempuhi perjalanan sebagai mahasiswa universiti yang terbaik dan cemerlang dalam memenuhi impian yang tertinggi bagi diri mahasiswa serta keluarga.

 

Tarikh Input: 13/10/2022 | Kemaskini: 13/10/2022 | aynafarhana

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ DUA BELAS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 7362/ 2160
-
SXFGBAP~