Kelas Asas Latihan Kayak | KOLEJ DUA BELAS
» BERITA » Kelas Asas Latihan Kayak

Kelas Asas Latihan Kayak

SERDANG, 9 Januari - Program Kelas Asas Latihan Kayak merupakan program anjuran Sekretariat Rekreasi, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Dua Belas sesi 2022/2023 dengan kerjasama Pihak Pengurusan Kolej Dua Belas. Program ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan asas kemahiran berkayak kepada mahasiswa dalam aktiviti rekreasi yang melibatkan sukan air terutamanya dalam kalangan ahli Kelab Rekreasi Air Kolej Dua Belas.

 

Pengajar iaitu Encik Karthik A/L Paramisparan sedang memberikan taklimat pengenalan asas kayak kepada para peserta.

 

Program ini juga dapat menjadi platform bagi memperkenalkan aktiviti rekreasi air seperti kayak kepada mahasiswa Kolej Dua Belas yang meminati aktiviti rekreasi air. Selain itu, program ini juga dapat melahirkan mahasiswa yang mempunyai semangat kesukanan yang tinggi dalam aktiviti sukan air.

Pengisian utama program ini terdiri daripada sesi taklimat pengenalan asas kayak iaitu cara memeriksa kayak yang selamat digunakan dan langkah-langkah keselamatan sebelum berkayak dan latihan praktikal berkayak oleh pengajar iaitu Encik Karthik A/L Paramisparan.

 

Peserta program Kelas Asas Latihan Kayak sedang menjalankan praktikal berkayak di Tasik Serumpun.

 

Program ini bermula pada jam 8:30 pagi dengan ketibaan pengajar Encik Karthik A/L Paramisparan. Program diteruskan dengan taklimat pengenalan asas kayak oleh pengajar mengenai cara memeriksa kayak yang selamat digunakan dan langkah-langkah keselamatan yang perlu dipatuhi  sebelum berkayak. Seterusnya, program diteruskan dengan latihan asas berkayak yang dipantau oleh pengajar di sekitar Tasik Serumpun. Program diteruskan dengan sesi penyampaian cenderahati daripada Kelab Rekreasi Air kepada pengajar dan sesi bergambar bersama para peserta. Akhir sekali, program berakhir dengan sesi pendaftaran kehadiran peserta dengan mengimbas kod QR bagi pengisian merit mahasiswa yang hadir dan program bersurai.

Penyampaian cenderahati daripada Kelab Rekreasi Air, Kolej Dua Belas sesi 2022/2023 kepada pengajar Encik Karthik A/L Paramisparan.

 

Sesi bergambar peserta program Kelas Asas Latihan Kayak bersama pengajar Encik Karthik A/L Paramisparan.

Tarikh Input: 31/01/2023 | Kemaskini: 14/03/2023 | aynafarhana

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ DUA BELAS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 7362/ 2160
-
SXFFXAK~