K12 X UMT: SAVE THE TURTLE 2.0 | KOLEJ DUA BELAS
» BERITA » K12 X UMT: SAVE THE TURTLE 2.0

K12 X UMT: SAVE THE TURTLE 2.0

LAPORAN BERITA

K12 X UMT: SAVE THE TURTLE 2.0

KOLEJ DUA BELAS SESI 2025/2026

 

SERDANG, 23 MEI – Program K12 X UMT: Save The Turtle 2.0 merupakan program anjuran Sekretariat Kesukarelawanan dan Pengantarabangsaan, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Dua Belas Sesi 2025/2026 dengan kerjasama Pihak Pengurusan Kolej Dua Belas. Program ini bertujuan untuk memupuk kesedaran dan tanggungjawab mahasiswa Kolej Dua Belas, Universiti Putra Malaysia (UPM) terhadap pemuliharaan haiwan dan alam sekitar. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Universiti Malaysia Terengganu (UMT) sebagai kesinambungan usaha yang telah dijalankan sebelum ini. Melalui program ini, peserta diberi peluang untuk terlibat secara langsung dalam aktiviti berkaitan pemeliharaan penyu seperti pemantauan habitat, penjagaan kawasan pesisir pantai dan pendedahan terhadap isu ancaman hidupan marin. Selain memberi pengalaman pembelajaran berasaskan lapangan, program ini turut menekankan pembangunan kemahiran insaniah dalam kalangan mahasiswa termasuk kerjasama, komunikasi dan kepimpinan. Penglibatan secara aktif dalam aktiviti pemuliharaan ini dapat meningkatkan kepekaan peserta terhadap kepentingan menjaga keseimbangan ekosistem serta mengukuhkan semangat kesukarelawanan.

 

Program bermula pada pukul 7.30 pagi dengan peserta dan AJK berkumpul di Jeti Merang, diikuti taklimat ringkas mengenai perjalanan acara dan taklimat keselamatan yang dipimpin oleh pihak SEATRU sebelum menaiki bot menuju ke Chagar Hutang Turtle Sanctuary, Pulau Redang.

 

Setibanya di sana, peserta melakukan aktiviti hiking ringan merentasi laluan hutan menuju ke tapak Gem Spot Prawn Spa. Di lokasi tersebut, peserta diberikan penerangan mengenai biologi, habitat dan kitaran hidup penyu serta kepentingan usaha pemuliharaan spesies tersebut. Selepas sesi penerangan, peserta menjalankan aktiviti pembersihan pantai dengan menumpukan kepada pengumpulan ghost net dan sampah yang terdampar di kawasan sekitar. Hasil daripada aktiviti ini, sebanyak 30 kilogram sampah berjaya dikutip dan dikumpulkan untuk dilupuskan dengan kaedah yang sesuai. Aktiviti ini telah dilakukan dengan berhati-hati di mana setiap peserta telah diberikan alatan yang bersesuaian sebelum bermula.

 

Pada pukul 11.00 pagi, program diteruskan dengan sesi analisis sarang penyu, di mana peserta berpeluang mempelajari proses pembiakan penyu serta menyaksikan sendiri anakanak penyu yang baru menetas. Sebagai penutup aktiviti, peserta menaiki bot untuk menyertai ekspedisi pencarian penyu di sekitar perairan Pulau Redang, sekali gus memberi peluang kepada mereka untuk melihat habitat semula jadi penyu dan meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan pemuliharaan hidupan marin.

 

Gambar 1: Para peserta menaiki bot menuju ke Chagar Hutang Turtle Sanctuary, Pulau Redang.

 

Gambar 2: Sesi mengenali kehidupan penyu secara teori sedang dijalan di tapak prawn spa.

 

Gambar 3: Sesi kutipan dan pembuangan ghost net sambil mendengar penerangan dari pihak SEATRU sedang dijalankan

 

Gambar 4: Sesi pembelajaran di outdoor classroom sedang dijalankan.

 

Gambar 5: Sesi penggalian sarang penyu sedang dijalankan.

 

Gambar 6: Seekor penyu berjaya ditemukan di sesi pencarian penyu di perairan Pulau Redang.

 

Gambar 7: Sesi penutup yang turut disertai oleh pihak SEATRU dan pihak Hunter Boat.

Tarikh Input: 11/06/2026 | Kemaskini: 11/06/2026 | m.ahir

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ DUA BELAS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1440/ 2160
-
W, (07:39:20pm-07:44:20pm, 11 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]