K12 Got Talent | KOLEJ DUA BELAS
» BERITA » K12 Got Talent

K12 Got Talent

SERDANG, 10 Disember – Program K12 Got Talent merupakan program anjuran Sekretariat Kesenian dan Kebudayaan, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Dua Belas sesi 2022/2023 dengan Kerjasama Pihak Pengurusan Kolej Dua Belas, Universiti Putra Malaysia (UPM). Program ini bertujuan untuk mencungkil bakat dan minat mahasiswa Kolej Dua Belas, UPM dalam bidang kesenian dan kebudayaan khususnya tarian, lakonan dan nyanyian. Bukan itu sahaja, program ini juga mampu menjadi medium bagi mahasiswa Kolej Dua Belas menonjolkan keberanian, keyakinan diri dan bakat kesenian mereka di hadapan khalayak ramai. Dalam program ini, peserta bebas memilih bakat yang hendak ditonjolkan sama ada tarian, lakonan atau nyanyian. Malah, program ini bertujuan memupuk keberanian, keyakinan diri serta kreativiti mahasiswa dalam kesenian dan kebudayaan. Oleh itu, mahasiswa akan mampu meningkatkan sikap daya saing yang positif serta persaingan sihat antara peserta.

 

Juri jemputan iaitu Encik Karthik sedang memberi penerangan tentang kriteria-kriteria penilaian bagi setiap persembahan.

 

Pengisian utama program ini terdiri daripada tiga kategori iaitu tarian, lakonan dan nyanyian. Terdapat dua pusingan bagi setiap kategori iaitu pusingan pemilihan dan pusingan akhir. Pusingan pemilihan bagi program K12 Got Talent telah diadakan pada 1 November 2022 hingga 22 November 2022 melalui medium dalam talian di mana peserta perlu mendaftar melalui pautan Google Form dan memuat naik video persembahan mereka di akaun Instagram masing-masing. Pada 23 November 2022, sesi penjurian telah diadakan untuk memilih persembahan peserta yang layak untuk dipersembahkan di pusingan akhir.

 

 Peserta K12 Got Talent sedang melakukan persembahan tarian dan nyanyian.

 

Pusingan akhir bagi program K12 Got Talent telah diadakan pada 10 Disember 2022 di Dewan Putra 2, Kolej Serumpun. Seramai 11 orang peserta telah dipilih bagi kategori tarian dan nyanyian manakala, tiada penyertaan bagi kategori lakonan. Program ini bermula pada pukul 8:00 malam diiringi oleh Saudari Hafizah dan Saudara Fathudeen Azhari selaku pengacara majlis yang membuka majlis dan perarakan masuk tetamu jemputan Encik Khairul Naim Md Padzil serta Puan Nor Hasuzie Abdullatif, Encik Karthik A/L Paramisparan dan Encik Muhammad Faiz Arbain selaku juri jemputan bagi program K12 Got Talent. Program diteruskan dengan bacaan doa dan pengenalan biodata juri jemputan. Program diteruskan lagi dengan persembahan daripada para peserta program K12 Got Talent dimulai dengan kategori tarian kemudian kategori nyanyian. Program K12 Got Talent telah mendapat sambutan yang meriah iaitu seramai 351 orang mahasiswa Kolej Dua Belas hadir sebagai penonton termasuk para peserta. Selain itu, banyak maklum balas dan komen positif diberikan oleh para penonton yang berpuas hati dengan kelancaran perjalanan program. Seterusnya, sebelum sesi penutupan juri jemputan Encik Muhammad Faiz Arbain telah mempersembahkan persembahan istimewa khas untuk hadirin yang hadir dan juga persembahan istimewa daripada kumpulan kugiran Insignia, Kolej Dua Belas. Akhir sekali, program berakhir dengan kata-kata penutup pengacara majlis serta sesi mengimbas kod QR untuk pengisian merit pelajar yang hadir dan program bersurai.

Sesi soal jawab antara penonton yang hadir bersama pengacara majlis.

 

Sesi penyerahan hadiah kepada para pemenang K12 Got

Talent oleh Timbalan Felo Kolej Dua Belas iaitu Encik Khairul Naim Md Padzil.

Tarikh Input: 19/12/2022 | Kemaskini: 12/02/2023 | aynafarhana

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ DUA BELAS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 7362/ 2160
-
SXFFVAw~