Jejak Tunawisma @ Ibu Kota 2018 | KOLEJ DUA BELAS
» BERITA » Jejak Tunawisma @ Ibu Kota 2018

Jejak Tunawisma @ Ibu Kota 2018

Jejak Tunawisma

24 Mac 2018.  Program Jejak Tunawisma merupakan aktiviti yang kesukarelawan yang di anjurkan oleh Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej Dua Belas dengan kerjasama Pihak Pasukan Amal Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Pihak Pengurusan Kolej Dua Belas, UPM dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM.

 Pusat Transit Gelandangan, Jalan Pahang  dan kawasan sekitar SEGi College, Jalan Hang Lekiu, Kuala Lumpur telah dipilih untuk lokasi gelandangan.  Seramai 43 orang pelajar, MTM, Felo dan Pengetua Kolej Dua Belas iaitu Prof. Madya Dr. Mohamad Aris bin Mohd Moklas  telah menyertai program ini.  

Program ini memberi pendedahan tentang cara kehidupan golongan gelandangan di sekitar ibukota Kuala Lumpur.  Semoga aktiviti ini memberi motivasi kepada pelajar untuk bergiat dalam aktiviti kesukarelawan, mengasah kemahiran insaniah dalam diri pelajar dan juga tahap keprihatinan. 

 

Tarikh Input: 28/03/2018 | Kemaskini: 19/04/2018 | fuziah

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ DUA BELAS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 7362/ 2160
-
SXFFSAM~