IHYA’ RAMADHAN SERUMPUN
KOLEJ DUA BELAS SESI 2024/2025
SERDANG, 2 MAC – Ihya’ Ramadan Serumpun merupakan program anjuran Sekretariat Kerohanian dan Perpaduan, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Dua Belas sesi 2024/2025 dengan kerjasama Sekretariat Kerohanian dan Perpaduan, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Empat Belas sesi 2024/2025, Pihak Pengurusan Kolej Dua Belas, Pihak Pengurusan Kolej Empat Belas, dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Universiti Putra Malaysia. Program ini merupakan sebuah medium bagi mahasiswa untuk meraikan bulan Ramadan yang penuh barakah. Hal ini kerana, bulan Ramadan merupakan bulan yang penting dan keramat bagi umat Islam di seluruh dunia menunaikan kewajipan mereka untuk berpuasa di bulan Ramadan. Program ini dapat menjalinkan ukhuwah dalam kalangan mahasiswa Kolej Serumpun dan pembentukan diri seorang muslim yang taat kepada Tuhan dan cinta kepada Rasul. Program ini berupaya menjadi salah satu medium bagi mengukuhkan tunjang kerohanian dalam diri mahasiswa. Selain itu, program ini juga dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dan disiplin pelajar terutamanya ketika menjalankan ibadah seperti bangun sahur dan memperbanyakkan amalan sunat sekaligus membentuk mahasiswa yang berkualiti dan berkemahiran insaniah yang tinggi.
Program ini bermula pada 2 Mac 2025 dengan menghebahkan poster 1 Hari 1 Hadis di medium dalam talian (Instagram). Aktiviti perkongsian 1 Hari 1 Hadis ini dijalankan sepanjang bulan Ramadan iaitu dari 2 Mac hingga 30 Mac 2025. Seterusnya adalah Pertandingan Tazkirah 3 Minit di mana pertandingan ini bermula pada 7 Mac hingga 23 Mac 2025. Pertandingan ini dijalankan secara dalam talian sahaja iaitu para peserta perlu membuat video yang berdurasi tidak melebihi 3 minit dan menghantar video tersebut ke Google Drive yang disediakan oleh pengarah program. Kemudian pada 16 Mac 2025 telah kembalinya beberapa pelajar ke kolej kediaman. Aktiviti Solat Tarawih di bawah anjuran Program Ihya’ Ramadan Serumpun dijalankan bermula pada 17 Mac hingga 26 Mac 2025 di Surau Serumpun. Semua jemaah tiba di surau sebelum waktu solat fardu Isya dan terus disambung dengan menunaikan solat tarawih yang selesai pada jam 9.40 malam. Setelah selesai solat tarawih, semua jemaah dijemput untuk mengambil makanan dan minuman moreh yang disediakan setiap malam. Program ini juga diteruskan dengan satu lagi aktiviti iaitu Kuiz Ihya’ Ramadan yang berlangsung pada 20 Mac hingga 23 Mac 2025. Pautan kuiz diberikan pada jam 2.52 petang pada 20 Mac 2025 dan ditutup pada 12.00 tengah malam 23 Mac 2025. Kuiz Ihya’ Ramadan ini dibuka kepada seluruh warga Kolej Serumpun dan seramai 92 orang kolegiat telah menyertai pertandingan kuiz ini.
![]() |
|
Gambaran 1 menunjukkan jemaah muslimin yang sedang menunaikan solat tarawih.
|
![]() |
|
Gambaran 2 menunjukkan jemaah muslimat yang sedang menunaikan solat tarawih.
|
![]() |
|
Gambaran 3 menunjukkan sesi pengagihan makanan moreh kepada jemaah selepas solat tarawih.
|
![]() |
|
Gambaran 4 menunjukkan gambar peserta pertandingan tazkirah 3 minit.
|
![]() |
|
Gambaran 5 menunjukkan statistik Kuiz Ihya’ Ramadan dalam talian (Quizizz). |
Tarikh Input: 30/04/2025 | Kemaskini: 30/04/2025 | m.ahir

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR